Saturday, July 27, 2024
31.8 C
Brunei

    -

    Berkenan rasmi Majlis Ilmu 2023

    Oleh Nurdiyanah R.-

    BANDAR SERI BEGAWAN, 23 NOV – Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha, hari ini, berkenan berangkat ke perasmian Majlis Ilmu 2023 di Pusat Persida-ngan Antarabangsa, Berakas.

    Berangkat sama, Duli Yang Ter-amat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah, Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri (JPM) dan Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Sarah; Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda ‘Abdul Malik dan Yang Amat Mulia Pengiran Anak Isteri Pengiran Raabi’atul ‘Adawiyyah; Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda ‘Abdul Mateen; Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Perdana Wazir Sahibul Himmah Wal-Waqar Pengiran Muda Mohamed Bolkiah; Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Bendahara Seri Maharaja Permaisuara Pengiran Muda Haji Sufri Bolkiah dan Yang Amat Mulia Pengiran Bini Hajah Faizah; Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pe-ngiran Anak Puteri Hajah Rashidah Sa’adatul Bolkiah; Yang Teramat Mu-lia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Majeedah Nuurul Bolkiah; Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Masna dan Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Amal Umi Kalthum Al-Islam.

    Keberangkatan tiba Baginda Sultan dan Baginda Raja Isteri serta kerabat diraja dijunjung oleh Menteri di JPM dan Menteri Pertahanan Kedua, Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd Yussof; Menteri Hal Ehwal Ugama, Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin bin Pengarah Dato Paduka Haji Awang Othman; Menteri Kesihatan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Mohammad Isham bin Haji Jaafar; Menteri di JPM dan Menteri Kewangan dan Ekonomi Kedua, Yang Berhormat

    Dato Seri Setia Dr Haji Mohd Amin Liew bin Abdullah; Menteri Pendidikan, Yang Berhormat Datin Seri Setia Dr Hajah Romaizah binti Haji Mohd Salleh; Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Haji Nazmi bin Haji Mohamad, selaku pengerusi-pengerusi bersama Jawatankuasa Pandu Majlis Ilmu 2023; dan Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, Yang Berhormat Dato Seri Setia Haji Ahmaddin bin Haji Abdul Rahman selaku Pengerusi Jawatankuasa Kebangsaan Sambutan Perayaan Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia ke-77 serta isteri-isteri penasihat dan pengerusi-pengerusi bersama Jawatankuasa Pandu Majlis Ilmu 2023.

    Majlis telah dimulakan dengan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran, Surah Al-Anbiya, ayat 87 hingga 90 oleh johan Musabaqah Membaca Al-Quran Bahagian Dewasa Peringkat Akhir Kebangsaan Tahun 1443 Hijrah/2022 Masihi, Haji Mohamad Zul-Hafiz bin Awang Tengah yang juga pegawai pelajaran. Manakala itu, kesimpulan maknanya disampaikan oleh Pegawai Pelajaran, Awang Muhamad Adi Adham bin Ramlan.

    ATAS & BAWAH: KDYMM Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah dan KDYMM Paduka Seri Baginda Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha berkenan berangkat bagi menyaksikan pameran. Berangkat sama, DYTM Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah dan YTM Paduka Seri Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Sarah. – GAMBAR OLEH MUIZ MATDANI
    GAMBAR OLEH MUIZ MATDANI
    GAMBAR OLEH MUIZ MATDANI
    ATAS & BAWAH: DYTM Paduka Seri Pengiran Muda ‘Abdul Malik, YAM Pengiran Anak Isteri Pengiran Raabi’atul ‘Adawiyyah, DYTM Paduka Seri Pengiran Muda ‘Abdul Mateen, DYTM Paduka Seri Pengiran Perdana Wazir Sahibul Himmah Wal-Waqar Pengiran Muda Mohamed Bolkiah, DYTM Paduka Seri Pengiran Bendahara Seri Maharaja Permaisuara Pengiran Muda Haji Sufri Bolkiah, YAM Pengiran Bini Hajah Faizah, YTM Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Rashidah Sa’adatul Bolkiah dan YTM Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Majeedah Nuurul Bolkiah berkenan menyaksikan pameran. – GAMBAR OLEH MUIZ MATDANI
    GAMBAR OLEH MUIZ MATDANI
    GAMBAR OLEH MUIZ MATDANI
    YTM Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Masna dan YTM Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Amal Umi Kalthum Al-Islam berkenan berangkat ke majlis perasmian Majlis Ilmu 2023. – GAMBAR OLEH MUIZ MATDANI

    Ini diikuti dengan bacaan Doa Selamat oleh Mufti Kerajaan, Yang Berhormat Pehin Datu Seri Maharaja Dato Paduka Seri Setia (Dr) Ustaz Haji Awang Abdul Aziz bin Juned selaku Penasihat Jawatankuasa Pandu Majlis Ilmu 2023.

    Majlis diteruskan dengan sembah alu-aluan oleh Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi yang antaranya menjelaskan bahawa Majlis Ilmu pada tahun ini membawa tema Munajat Senegara dengan Taubat yang mana ia merupakan kesinambungan tema Majlis Ilmu 2020 dan 2021 yang memberi fokus kepada aspek kesejahteraan, keamanan dan kesihatan.

    Tambahnya, tema berkenaan dinilai relevan dari sudut pengertian yang luas tentang taubat yang menganjurkan umat lslam untuk sentiasa bermunajat, berdoa dan memohon pertolongan ke hadrat Allah SWT dalam apa juga keadaan yang menjejaskan kesejahteraan, keamanan dan kesihatan.

    Yang Berhormat Pehin turut mengetengahkan maksud dan kefahaman tentang konsep dan kepentingan munajat dengan taubat.

    Kemudian, Baginda Sultan berkenan mengurniakan titah dan melancarkan buku Majlis Ilmu: Mercu Tanda Intelektualisme Raja Kita – Suluh Negara, yang menghimpunkan sejarah dan perjalanan Majlis Ilmu sejak ia diadakan bermula pada 2004 yang akan menjadi ristaan sepanjang zaman, diikuti dengan sebuah tayangan video mengenai perisian buku tersebut.

    Majlis diteruskan dengan ceramah khas bertajuk Munajat Senegara dengan Taubat yang disampaikan oleh Yang Berhormat Mufti Kerajaan.Baginda Sultan dan Baginda Raja Isteri serta kerabat diraja kemudian berkenan berangkat menyaksikan Pameran Majlis Ilmu
    2023, yang antara lainnya mengetengahkan kepentingan dalam mengamalkan munajat termasuk pengertian dan konsep munajat berkaitan dengan taubat, serta tatacara dan gaya hidup sihat dalam Islam.

    Sebelum berangkat balik, Baginda Sultan dan Baginda Raja Isteri serta kerabat diraja dijunjung bagi sesi bergambar ramai dan menghadiri Majlis Santap.

    Majlis ilmu pada tahun ini akan diteruskan lagi dengan Forum Perdana Majlis Ilmu 2023 pada 25 November dan Ceramah Perdana Majlis Ilmu 2023 pada 27 November nanti.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...