Saturday, July 27, 2024
23.8 C
Brunei

    -

    Sukar temui jodoh, tak ‘jual mahal’

    Biarpun melalui episod duka perceraian, pelakon seksi, Nadia Brian, 32, tidak pernah menutup pintu hatinya untuk terus mencari teman sehidup semati.

    Bagaimanapun, kesibukan kerja sebagai selebriti menyukarkan Nadia bertemu dengan lelaki yang sesuai.

    Nadia berkata, bukan tiada lelaki mendekatinya, sebaliknya hanya meletakkan batasan sebagai kawan.

    “Saya semestinya masih terus mencari pasangan hidup. Saya bukan ‘jual mahal’, tapi terlalu sibuk dengan kerja. Jadi, masa untuk keluar mengenali seseorang agak terbatas.

    “Jika tidak terlalu sibuk mungkin boleh luangkan sikit masa untuk ke arah itu. Jadi, doakanlah saya bertemu jodoh baik,” katanya kepada BH Online.

    Kesibukan kerja sebagai selebriti menyukarkan Nadia bertemu dengan lelaki yang sesuai. – mStar

    Nadia berkata, buat masa ini, dia masih belum mempunyai teman istimewa dan lebih selesa berkawan dengan mana-mana jejaka.

    “Saya lebih suka berkawan sahaja dan tiada lagi lelaki istimewa di hati. Dengan jejaka yang mahu merapati, saya akan jelaskan awal-awal lagi hanya mahu berkawan sahaja.

    “Saya tak mahu terus menjalin hubungan kerana sudah tentu tak mahu perkara lalu berulang semula.

    “Tapi, buat masa ini, memang tiada yang betul-betul serius lagi. Setakat selalu bertanya khabar dan keluar temu janji saya masih belum ada masa,” katanya.

    Bercerita lanjut, bintang drama Suri Hati ini berkata, dia ada menerima sejambak bunga daripada individu misteri.

    Justeru, katanya, dia mahu mencari identiti si penghantar bunga agar dapat berkenalan dengannya.

    “Saya pernah dapat kiriman bunga daripada seseorang yang tidak dikenali. Pengirim itu hanya tulis ‘from: annoying fans’ sahaja. Saya memang tak tahu siapa pengirimnya, tapi saya rasa mungkin datang daripada peminat.

    “Ini pertama kali saya dapat bunga daripada orang yang tak dikenali, jadi agak terkejut ditambah pula bunga besar,” katanya. – Agensi

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Agensi cuaca Jepun keluarkan amaran strok haba

    TOKYO, 26 JULAI – Pegawai cuaca Jepun hari ini menggesa orang ramai mengambil langkah-langkah bagi mencegah strok haba ketika cuaca panas melampau dijangka melanda...