Saturday, July 27, 2024
31.8 C
Brunei

    -

    Berkenan riadah pagi bersama Presiden Singapura

    BANDAR SERI BEGAWAN, 26 JAN – Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, hari ini berkenan berangkat ke Acara Riadah Pagi bersama Presiden Republik Singapura, Tuan Yang Terutama Tharman Shanmugaratnam yang berlangsung di Taman Mahkota Jubli Emas, di sini.

    Turut berangkat ialah Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah, Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri (JPM), Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda ‘Abdul Malik dan Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda ‘Abdul Mateen.

    Juga hadir ialah ahli-ahli delegasi Negara Brunei Darussalam dan Republik Singapura.

    Terdahulu sebelum itu, Kebawah Duli Yang Maha Mulia mengalu-alukan ketibaan Tuan Yang Terutama.

    Kedua-dua pemimpin seterusnya memulakan Acara Riadah Pagi dengan berjalan kaki sekitar Taman Mahkota Jubli Emas dan diikuti dengan penandatanganan sebuah plak dan penanaman pokok ficus burgundy sempena lawatan negara Presiden Republik Singapura ke negara ini.

    Selesai Acara Riadah Pagi, Kebawah Duli Yang Maha Mulia berangkat bersama Tuan Yang Terutama ke Tarindak d’Seni bagi menghadiri Majlis Santap Pagi.

    KDYMM Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah berkenan berangkat ke Acara Riadah bersama Presiden Republik Singapura, TYT Tharman Shanmugaratnam yang berlangsung di Taman Mahkota Jubli Emas, kelmarin. – GAMBAR OLEH MUIZ MATDANI
    KDYMM Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah dan TYT Tharman Shanmugaratnam melihat pokok ficus burgundy yang ditanam di Taman Mahkota Jubli Emas sempena lawatan negara Presiden Republik Singapura ke negara ini. – GAMBAR OLEH MUIZ MATDANI
    Baginda Sultan berkenan berangkat ke majlis santap pagi bersama TYT Tharman Shanmugaratnam. Berangkat sama, DYTM Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah, DYTM Paduka Seri Pengiran Muda ‘Abdul Malik dan DYTM Paduka Seri Pengiran Muda ‘Abdul Mateen. – GAMBAR OLEH INFOFOTO
    DYTM Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota berkenan menyertai riadah pagi. – GAMBAR OLEH INFOFOTO
    ATAS & BAWAH : DYTM Paduka Seri Pengiran Muda ‘Abdul Malik dan DYTM Paduka Seri Pengiran Muda ‘Abdul Mateen berkenan berangkat menyertai riadah pagi. – GAMBAR OLEH MUIZ MATDANI
    GAMBAR OLEH MUIZ MATDANI

     

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...