Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Polis Jepun pasang 1,000 kamera keselamatan perangi jenayah

    TOKYO, 26 JAN – Agensi Polis Kebangsaan Jepun (NPA) hari ini berkata ia akan memasang kira-kira 1,000 kamera keselamatan untuk mencegah kejadian pecah rumah dan jenayah lain di kawasan yang terjejas akibat gempa bumi di tengah Jepun, lapor media tempatan.

    NPA serta pasukan polis Ishikawa dan wilayah-wilayah lain akan menyumbang kira-kira 600 kamera, manakala agensi itu merancang untuk mendapatkan baki 400 lagi menggunakan kira-kira AS$915,000 daripada dana rizab dalam bajet fiskal 2023, lapor Kyodo News.

    Polis telah mengesahkan sejumlah 32 kes jenayah di wilayah Ishikawa yang paling terjejas teruk setakat petang Rabu, termasuk kes pecah rumah di premis yang ditinggalkan dan kes kecurian di pusat penempatan sementara, kata laporan itu.

    Polis telah menambah bilangan kamera keselamatan di bandar Wajima dan Suzu, yang rosak teruk akibat beberapa siri gempa bumi kuat sehingga magnitud 7.6 pada Hari Tahun Baharu tahun ini, tambahnya.

    Di Ishikawa, sejumlah 41,834 rumah rosak akibat gempa bumi, manakala jumlah mangsa yang dipindahkan melebihi 14,000, menurut statistik wilayah yang dikeluarkan kelmarin. – Xinhua

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Agensi cuaca Jepun keluarkan amaran strok haba

    TOKYO, 26 JULAI – Pegawai cuaca Jepun hari ini menggesa orang ramai mengambil langkah-langkah bagi mencegah strok haba ketika cuaca panas melampau dijangka melanda...