Wednesday, October 23, 2024
22.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Berkenan saksikan perlawanan bola sepak

    Oleh Fadhil Yunus –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 22 OKT – Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah, Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri dan Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Sarah berkenan berangkat menyaksikan perlawanan Liga Super Brunei (BSL) di antara Indera SC dan DPMM FC di Stadium Negara Hassanal Bolkiah, Berakas, malam tadi, yang mana anakanda, Yang Teramat Mulia Pengiran Muda ‘Abdul Muntaqim turut beraksi.

    Berangkat sama ialah Yang Teramat Mulia Pengiran Anak Muneerah Madhul Bolkiah dan Yang Teramat Mulia Pengiran Muda Muhammad Aiman.

    Perlawanan tersebut menyaksikan DPMM FC mencatatkan kemenangan tipis 1-0 ke atas Indera SC, sekali gus mengukuhkan kedudukan pasukan itu sebagai pencabar utama gelaran BSL musim ini.

    Kemenangan itu memberi kelebihan kepada DPMM FC yang kini berusaha untuk meraih gelaran liga buat pertama kali sejak penubuhan pasukan kedua untuk musim ini.

    DYTM Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah dan YTM Paduka Seri Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Sarah berkenan berangkat menyaksikan perlawanan tersebut. Berangkat sama ialah YTM Pengiran Anak Muneerah Madhul Bolkiah dan YTM Pengiran Muda Muhammad Aiman. – GAMBAR OLEH MUIZ MATDANI
    Aksi YTM Pengiran Muda ‘Abdul Muntaqim semasa mewakili DPMM FC dalam kemenangan tipis 1-0 ke atas Indera SC, sekali gus mengukuhkan kedudukan pasukan itu sebagai pencabar utama gelaran Liga Super Brunei musim ini. – GAMBAR OLEH MUIZ MATDANI
    Antara aksi pemain pasukan DPMM FC dan Indera SC, kelmarin. – GAMBAR OLEH MUIZ MATDANI

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda