Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Berkenan tauliah Manteri Hulubalang

    Oleh Salawati Haji Yahya –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 22 NOV – Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam telah berkenan mengurniakan tauliah kepada beberapa orang Manteri Hulubalang.

    Istiadat Mengurniakan Tauliah Manteri Hulubalang pada hari kedua telah berlangsung dengan penuh adat istiadat di Surau Istana Nurul Iman, hari ini.

    Berangkat selaku wakil peribadi Kebawah Duli Yang Maha Mulia ialah Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda ‘Abdul Mateen.

    Keberangkatan Duli Yang Teramat Mulia dijunjung oleh Yang Di-Pertua Adat Istiadat Negara, Yang Amat Mulia Pengiran Indera Setia Diraja Sahibul Karib Pengiran Anak Haji Idris bin Pengiran Maharaja Lela Pengiran Muda Abdul Kahar.

    Terdahulu, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Johan Pahlawan Dato Seri Setia Haji Awang Adanan bin Begawan Pehin Siraja Khatib Dato Seri Setia Haji Mohd Yusof menyembahkan kehadapan maj-lis Duli Yang Teramat Mulia bahawa majlis sudah sedia untuk dimulakan.

    Majlis mula-mula menyaksikan istiadat mengurniakan tauliah kepada Lans Koperal 3311 Awang Sahiran bin Pengarah Haji Abdullah Sunny menjadi Damong.

    Kemudian, majlis disusuli dengan istiadat mengurniakan tauliah kepada Awang Mohammad Zul-Azfar bin Abbas, Haji Mohammad Fadzirol Azrisah bin Pengarah Haji Mokti dan Awang Mohamed Hazreen bin Pateh Dato Paduka Haji Masri menjadi Pengarah.

    Sementara itu, Haji Saidin bin Haji Pudin pula dikurniakan tauliah menjadi Juru Laki.

    Keberangkatan DYTM Paduka Seri Pengiran Muda ‘Abdul Mateen bagi hari kedua Istiadat Mengurniakan Tauliah Manteri Hulubalang di Surau Istana Nurul Iman, kelmarin. – GAMBAR OLEH MUIZ MATDANI
    GAMBAR OLEH MUIZ MATDANI
    Istiadat mengurniakan tauliah kepada Lans Koperal 3311 Awang Sahiran menjadi Damong. – GAMBAR OLEH MUIZ MATDANI
    ATAS & BAWAH: Istiadat mengurniakan tauliah kepada Awang Mohmmad Zul-Azfar, Haji Mohmmad Fadzirol Azrisah dan Awang Mohamed Hazreen menjadi Pengarah. – GAMBAR OLEH MUIZ MATDANI
    GAMBAR OLEH MUIZ MATDANI
    GAMBAR OLEH MUIZ MATDANI
    Istiadat mengurniakan tauliah kepada Haji Saidin menjadi Juru Laki. – GAMBAR OLEH MUIZ MATDANI

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...