Monday, October 14, 2024
31 C
Brunei

    Berita Terkini

    Berkenan terima keberangkatan Agong, Raja Permaisuri Malaysia

    BANDAR SERI BEGAWAN, 13 OKT – Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah, Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri (JPM) selaku wakil peribadi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, dan Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Sarah, pagi tadi berangkat ke Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei bagi menjunjung keberangkatan tiba Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah yang mengadakan Keberangkatan Negara selama tiga hari ke Negara Brunei Darussalam.

    Juga berangkat bagi menjunjung keberangkatan tiba KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan KDYMM Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong ialah Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda ‘Abdul Malik selaku Kerabat Diraja Pengiring dan Yang Amat Mulia Pengiran Anak Isteri Pengiran Raabi’atul ‘Adawiyyah; serta Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda ‘Abdul Mateen.

    Berangkat mengiringi KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan KDYMM Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong ialah Yang Amat Mulia Tunku Idris Iskandar Ismail Abdul Rahman, Tunku Temenggong Johor.

    KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan KDYMM Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong seterusnya disembahkenalkan kepada Menteri di JPM dan Menteri Pertahanan Kedua, Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Halbi bin Haji Mohd Yussof, selaku Menteri Pengiring; Menteri Hal Ehwal Luar Negeri Kedua, Yang Berhormat Dato Seri Setia Haji Erywan bin Pehin Datu Pekerma Jaya Haji Mohd Yusof; Menteri Sumber-sumber Utama dan Pelancongan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Abdul Manaf bin Haji Metussin; Pesuruhjaya Polis, Pasukan Polis Diraja Brunei, Dato Paduka Seri Haji Mohammad Irwan bin Haji Hambali; Pemerintah Angkatan Bersenjata Diraja Brunei, Mejar Jeneral Dato Paduka Seri Haji Muhammad Haszaimi bin Bol Hassan; Pesuruhjaya Tinggi Negara Brunei Darussalam ke Malaysia, Tuan Yang Terutama Brigedier Jeneral (B) Dato Paduka Haji Mahmud bin Haji Saidin; dan pasangan masing-masing.

    DYTM Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota kemudian disembahkenalkan kepada rombongan rasmi Malaysia.

    Ini merupakan keberangkatan negara pertama KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan KDYMM Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong ke Negara Brunei Darussalam setelah Sultan Ibrahim ditabalkan menjadi Yang di-Pertuan Agong Malaysia ke-17 pada 20 Julai lalu.

    DYTM Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah dan YTM Paduka Seri Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Sarah berkenan menjunjung keberangkatan tiba KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim, KDYMM Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah dan YAM Tunku Idris Iskandar Ismail Abdul Rahman. Turut berangkat DYTM Paduka Seri Pengiran Muda ‘Abdul Malik, YAM Pengiran Anak Isteri Pengiran Raabi’atul ‘Adawiyyah dan DYTM Paduka Seri Pengiran Muda ‘Abdul Mateen. – GAMBAR OLEH RAFI ROSLI
    KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan KDYMM Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong berangkat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei untuk lawatan negara tiga hari. Turut berangkat YAM Tunku Idris Iskandar Ismail Abdul Rahman. – GAMBAR OLEH RAFI ROSLI
    DYTM Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota berkenan menjunjung keberangkatan KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong di Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei. – GAMBAR OLEH RAFI ROSLI
    DYTM Paduka Seri Pengiran Muda ‘Abdul Mateen berkenan menjunjung keberangkatan YAM Tunku Idris Iskandar Ismail Abdul Rahman. – GAMBAR OLEH RAFI ROSLI

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda