Ahad, 23 November 2025
Klik Lagi

    Berkenan terima mengadap 1,033 bakal jemaah haji

    Oleh Salawati Haji Yahya –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 9 MEI – Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, hari ini, berkenan menerima mengadap dan junjung ziarah daripada 1,033 orang bakal jemaah Negara Brunei Darussalam bagi Musim Haji Tahun 1445H/2024M yang terdiri daripada 493 orang lelaki dan 540 orang perempuan.

    Jumlah tersebut termasuk pegawai Pejabat Urusan Jemaah Haji Negara Brunei Darussalam (Pentadbiran dan Perubatan) dan pegawai pengiring syarikat-syarikat pengendali perkhidmatan pakej haji.

    Berangkat sama, Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah, Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri.

    Pada majlis itu, bakal jemaah haji negara telah menerima kurnia peribadi Kebawah Duli Yang Maha Mulia berupa pakaian ihram bagi jemaah haji lelaki dan telekung bagi jemaah haji perempuan.

    Bagi musim haji tahun ini, terdapat tujuh buah syarikat diberi kebenaran mengendalikan perkhidmatan pakej haji iaitu Darussalam Services Sdn Bhd, Straits Central Agencies (B) Sdn Bhd, Al-Hijrah Travel & Tours Sdn Bhd, At-Taqwa Travel Tours Sdn Bhd, Titian Travel & Tours Sdn Bhd, Dar El-Ehsan Travel Sdn Bhd dan Raudah Al-Amin Sdn Bhd.

    Empat penerbangan akan membawa bakal jemaah haji negara serta pegawai-pegawai yang bertugas ke Madinah Al-Munawwarah dan akan berlepas meninggalkan negara dari 23 hingga 26 Mei.

    KDYMM Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, kelmarin, berkenan menerima mengadap dan junjung ziarah daripada 1,033 orang bakal jemaah Negara Brunei Darussalam bagi Musim Haji Tahun 1445H/2024M yang terdiri daripada 493 orang lelaki dan 540 orang perempuan. – GAMBAR OLEH RAFI ROSLI
    ATAS & BAWAH: KDYMM Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah dan DYTM Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah berkenan menerima junjung ziarah daripada bakal jemaah haji Negara Brunei Darussalam bagi Musim Haji Tahun 1445H/2024M termasuk pegawai Pejabat Urusan Jemaah Haji Negara Brunei Darussalam (Pentadbiran dan Perubatan) dan pegawai pengiring syarikat-syarikat pengendali perkhidmatan pakej haji, di Istana Nurul Iman, kelmarin. – GAMBAR OLEH RAFI ROSLI
    GAMBAR OLEH RAFI ROSLI
    GAMBAR OLEH RAFI ROSLI
    ATAS & BAWAH: Bakal-bakal jemaah haji negara bagi Musim Haji Tahun 1445H/2024M menunaikan Sembahyang Fardu Zohor di Istana Nurul Iman. – GAMBAR OLEH RAFI ROSLI
    GAMBAR OLEH RAFI ROSLI
    ATAS & BAWAH: Bakal jemaah haji turut menerima kurnia peribadi Baginda Sultan. – GAMBAR OLEH RAFI ROSLI
    GAMBAR OLEH RAFI ROSLI

    Kata Kunci

    Popular

    Hiburan

    Priyanka buat gimik sengaja mahu tunjuk imej baik

    Bisnes feri keluarga Song Ji Hyo difitnah

    DPMM FC kalah tipis

    Berita Berkaitan

    DPMM FC kalah tipis

    Oleh James Kon - BANDAR SERI BEAGWAN, 23 NOV –...

    Majlis undi calon ketua kampung

    Oleh Salawati Haji Yahya - BANDAR SERI BEGAWAN, 23 NOV...

    Cabaran Alpha disambut meriah

    Oleh Yusrin Junaidi - BANDAR SERI BEGAWAN, 23 NOV -...

    Peronda pertolongan cemas dilancar

    Oleh Salawati Haji Yahya - BANDAR SERI BEGAWAN, 23 NOV...

    Terkini

    Kem khas untuk kanak-kanak hidap penyakit autoimun

    CLARYVILLE, NEW YORK - Penyakit autoimun seperti lupus, myositis...

    DPMM FC kalah tipis

    Oleh James Kon - BANDAR SERI BEAGWAN, 23 NOV –...

    Enam syarikat batal penerbangan ke Venezuela

    CARACAS, 23 NOV — Enam syarikat penerbangan membatalkan penerbangan...

    Kamera milik mendiang Paus Francis dijual AS$7.5 juta

    VIENNA, 23 NOV - Sebuah kamera milik mendiang Paus...