Monday, May 20, 2024
24.6 C
Brunei

    -

    Sembilan mayat ditemui di Mexico yang dilanda keganasan

    BANDAR MEXICO, 9 MEI – Sembilan mayat ditemui kelmarin di negeri Mexico utara yang dilanda gelombang keganasan berkaitan kartel dadah, kata pihak berkuasa, penemuan kedua seumpamanya dalam beberapa hari.

    Siasatan pembunuhan dilancarkan selepas mayat sembilan lelaki berkenaan ditemui di bandar Morelos di Zacatecas, kata pejabat pendakwa raya negeri.

    Ia berlaku sehari selepas sembilan mayat ditemui di sebatang jalan di bandar Fresnillo, juga di negeri Zacatecas.

    Mesej-mesej yang ditujukan kepada kumpulan penjenayah saingan ditemui bersama mayat-mayat itu, kata pihak berkuasa.

    Mayat-mayat itu dibuang berhampiran pasar dua hari selepas ahli-ahli geng menghalang jalan dan membakar kenderaan sebagai tindak balas terhadap penahanan 13 individu yang disyaki melakukan jenayah.

    Fresnillo merupakan bandar yang dianggap oleh penduduknya sebagai yang paling berbahaya di Mexico.

    Kira-kira 450,000 orang telah dibunuh di seluruh negara sejak 2006, apabila kerajaan melancarkan serangan antidadah kontroversi yang melibatkan tentera, menurut angka rasmi. – AFP

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    India mengundi dalam pilihan raya fasa kelima

    AYODHYA, 20 MEI - Berjuta-juta orang India di 49 kawasan pilihan raya mula membuang undi pada hari ini ketika pilihan raya selama enam minggu...