Sabtu, 22 November 2025
25.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Berkenan utus tahniah, takziah

    BANDAR SERI BEGAWAN, 18 DIS – Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, kelmarin, berkenan menghantar titah perutusan tahniah dan takziah.

    Kebawah Duli Yang Maha Mulia berkenan menghantar titah perutusan takziah kepada Perdana Menteri Malaysia, Tuan Yang Terutama Datuk Seri Anwar bin Ibrahim berikutan kejadian tanah runtuh di Batang Kali, Selangor.

    Sementara itu, dalam kenyataan berasingan, Baginda juga berkenan menghantar titah-titah perutusan tahniah kepada Amir Qatar, His Highness Sheikh Tamim bin Hamad Al Thani dan Perdana Menteri dan Menteri Dalam Negeri Qatar, TYT Sheikh Khalid bin Khalifa bin Abdul Aziz Al Thani, kerajaan serta rakyat Qatar sempena Hari Kebangsaan Qatar.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda