Thursday, February 6, 2025
22.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Berkonvoi pupuk semangat patriotisme

    Oleh Syahmi Hassan – 

    BANDAR SERI BEGAWAN, 26 FEB – Bagi sama-sama menyambut Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam ke-40 tahun (HK40) baru-baru ini, seramai 40 orang ahli permotoran Persatuan Kembara Bikers dan beberapa ahli permotoran di Negara Brunei Darussalam telah mengungkayahkan Program Merdeka Ride bersama PEMODA, Persatuan Motor Temburong, Xplora Santai Group, Geng Motor Group dan Skullz of Monarchy dari Sabah dan Sarawak.

    Sepanjang perjalanan secara berkonvoi, ahli telah mengelilingi Bandar Seri Begawan sebelum menuju ke Daerah Tutong, bermula dari Restoran Sabar Menanti Jerudong dan berakhir di kawasan Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah.

    Turut hadir dan mengetuai Program Merdeka Ride tersebut ialah Yang Dipertua Persatuan Kembara Bikers, Awang Alias bin Haji Mohd Salleh.

    Program tersebut diadakan bertujuan bagi mengeratkan silaturahim, memupuk perpaduan serta semangat patriotik dalam kalangan ahli-ahli persatuan permotoran di Pulau Borneo di samping memeriahkan Sambutan HK-40.

    Perjalanan secara konvoi di antara Persatuan Kembara Bikers, ahli permotoran Brunei dan Sabah/Sarawak. – GAMBAR SERAHAN PERSATUAN KEMBARA BIKERS
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda