Jumaat, 21 November 2025
24.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Bersama kongsi kegembiraan

    Oleh Salawati Haji Yahya

    BANDAR SERI BEGAWAN, 27 MAC – Sebanyak 32 buah keluarga yang kurang berkemampuan di keempat-empat daerah, baru-baru ini, telah menerima sumbangan berupa barang keperluan harian dan produk kebersihan untuk membantu meringankan beban penerima sepanjang bulan suci Ramadan dan Syawal.

    Ia merupakan sebahagian daripada program Barakah Bainal Anam, yang merupakan aktiviti tanggungjawab sosial korporat (CSR) Perbadanan Tabung Amanah Islam Brunei (TAIB) bersama anak-anak syarikatnya, Insurans Islam TAIB Holdings Sdn Bhd (IITHSB) dan Darussalam Holdings Sdn Bhd (DHSB).

    Program berkenaan telah bermula sebelum bulan Ramadan pada 9 Mac dan berakhir pada 21 Mac.

    Program sumbangan diketuai oleh Pengarah Urusan Perbadanan TAIB, Datin Hajah Hasnah binti Haji Ibrahim; Pengarah Urusan DHSB, Haji Mahmud bin Haji Mohamed dan Pemangku Pengarah Urusan IITHSB, Pengiran Hajah Noraini binti Pengiran Haji Sablon.

    Para penerima terdiri daripada anak-anak yatim, ibu tunggal, warga emas dan individu berkeperluan khas yang disenaraikan di Persatuan Bulan Sabit Merah Brunei Darussalam serta bantuan daripada ketua kampung.

    Selain itu, bantuan berkenaan turut dihulurkan kepada bekas kakitangan Perbadanan TAIB.

    Inisiatif berkenaan adalah sebahagian daripada CSR Perbadanan TAIB yang antara lain bertujuan untuk membantu masyarakat, di samping untuk mengongsikan kegembiraan bersama para penerima dalam sama-sama menyambut bulan Ramadan dan Hari Raya yang akan menjelang.

    Pengarah Urusan DHSB, Haji Mahmud bin Haji Mohamed menyampaikan sumbangan berupa barang keperluan harian dan produk kebersihan kepada wakil salah sebuah keluarga yang kurang berkemampuan untuk meringankan beban mereka sepanjang bulan suci Ramadan dan Syawal. – Gambar serahan Perbadanan TAIB
    Gambar ramai kakitangan Perbadanan TAIB dan anak-anak syarikatnya di salah sebuah rumah warga emas, baru-baru ini.- Gambar serahan Perbadanan TAIB

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda