Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Bersama lindungi kebajikan dan kesejahteraan kanak-kanak

    Oleh Sim Y. H. –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 21 NOV – Perkhidmatan Pediatrik, Hospital Raja Isteri Pengiran Anak Saleha (RIPAS) telah mengadakan Majlis Sambutan Hari Kanak-kanak Sedunia 2023 di Bilik Seminar, Tingkat 2, Pusat Perempuan dan Kanak-kanak, Hospital RIPAS, kelmarin.

    Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan, di sini, hadir selaku tetamu kehormat dan menyempurnakan perasmian sambutan berkenaan ialah Pemangku Ketua Eksekutif Tingkat Khas, Hospital RIPAS, Awang Abdol Hazis bin Haji Ahad.

    Turut hadir ialah pegawai-pegawai kanan, doktor perubatan, jururawat dan kakitangan hospital tersebut.

    Pada majlis berkenaan ucapan alu-aluan telah disampaikan oleh Timbalan Ketua Divisyen Kejururawatan Perkhidmatan Pediatrik, Hospital RIPAS, Dayang Sofiah binti Marup.

    Majlis diteruskan dengan perasmian dan pengagihan cenderahati oleh Awang Abdol Hazis kepada jururawat-jururawat in-caj di Perkhidmatan Pediatrik.

    Cenderahati berkenaan akan diberikan kepada pesakit-pesakit di Klinik Pediatrik, Unit Rawatan Rapi Anak Damit (NICU), Unit Rawatan Khas Anak Damit (SCBU), Unit Rawatan Rapi Pediatrik (PICU), Unit High Dependency Pediatrik 1 & 2 (HDU 1 & 2), Unit Pediatrik Akut (APU), Wad 26 & 27 serta Wad 28 & 29.

    Sambutan Hari Kanak-kanak Sedunia bertujuan untuk memberikan penghormatan dan pengiktirafan kepada kanak-kanak bagi mencetuskan kesedaran bahawa pekerja penjagaan kesihatan dan masyarakat amnya mempunyai tanggungjawab dalam menentukan perlindungan, kebajikan, kesejahteraan serta hak-hak kanak-kanak terpelihara.

    Pegawai jururawat menyampaikan cenderahati kepada kanak-kanak yang dirawat semasa majlis berkenaan. – GAMBAR SERAHAN KEMENTERIAN KESIHATAN
    Awang Abdol Hazis bergambar ramai bersama pegawai-pegawai kanan, doktor perubatan, jururawat dan kakitangan hospital semasa majlis berkenaan. – GAMBAR SERAHAN KEMENTERIAN KESIHATAN

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...