Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Pendidikan STEAM pupuk persekitaran pembelajaran dinamik

    Oleh Sim Y. H. –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 21 NOV – Pendidikan Sains, Teknologi, Kejuruteraan, Seni dan Matematik (STEAM) telah dikenal pasti amat penting dalam usaha untuk melahirkan pelajar siaga masa hadapan dalam dunia yang semakin dibentuk oleh kemajuan teknologi dan inovasi yang pesat.

    Dalam hubungan itu, pendekatan antara disiplin dan holistik kepada pendidikan adalah amat kritikal di mana integrasi pendidikan STEAM merupakan satu kemestian, tegas Setiausaha Tetap (Pendidikan Teras), Kementerian Pendidikan, Dr Shamsiah Zuraini Kanchanawati binti Haji Tajuddin dalam ucapannya semasa Majlis Konvensyen Mini Pemimpin Sekolah 2023 yang berlangsung di Dewan Persidangan BRIDEX, Jerudong, hari
    ini.

    Beliau menyatakan bahawa pendidikan STEAM memupuk sebuah persekitaran pembelajaran dinamik di mana para pelajar digalakkan untuk berfikir secara kritikal, bekerjasama dengan lancar dan menyelesaikan masalah secara kreatif.

    Pembelajaran STEAM berlaku secara semula jadi setiap hari apabila kanak-kanak meneroka, bermain dan mencuba barang baharu.

    “Apabila kanak-kanak diberikan peluang untuk meneroka dunia di sekeliling, meraka akan belajar dan menguji teori serta kemahiran STEAM baharu,” ulasnya.

    Dr Shamsiah Zuraini Kanchanawati menyampaikan buku dan poster Pelan Strategik Kementerian Pendidikan 2023-2027 kepada salah seorang ketua kluster semasa majlis berkenaan. – GAMBAR SERAHAN KEMENTERIAN PENDIDIKAN
    Antara jemputan yang hadir semasa majlis berkenaan. – GAMBAR SERAHAN KEMENTERIAN PENDIDIKAN

    Dr Shamsiah Zuraini Kanchanawati berkata bahawa integrasi aktif STEAM ke dalam kurikulum membolehkan para pelajar untuk membangunkan kemahiran pelbagai rupa bagi merangkul pemikiran di luar kotak serta inovasi yang penting untuk menjadi seorang warga global siaga masa hadapan.

    Pada masa ini, ulasnya, Kementerian Pendidikan sedang melaksanakan beberapa inisia-tif STEAM melalui jabatan dan seksyen atau unit yang berbeza dalam kementerian dan pihak kementerian untuk sedang berkolaborasi dengan agensi-agensi di luar kementerian seperti Pihak Berkuasa Industri Teknologi Info-Komunikasi Brunei Darussalam (AITI).

    Beliau menerangkan bahawa Jabatan Pembangunan Kurikulum sedang melaksanakan sebuah projek rintis bersama AITI bertajuk Coding with Smart Devices for Government Schools, yang telah berjalan sejak Mei lalu hingga bulan ini menerusi pelajaran ICT, Matematik dan Sains di mana projek itu bermatlamat untuk memupuk kemahiran abad ke-21 dan STEAM dalam diri pelajar.

    Selain itu, Pusat STEP juga memainkan peranannya dengan terus menyokong sekolah dengan pelbagai program STEAM bagi menanamkan pengetahuan mengenai pentingnya perlindungan alam sekitar, perubahan iklim, pembangunan mampan serta mengaplikasikan kemahiran dan pengetahuan STEAM untuk membolehkan para pelajar menyelesaikan cabaran-cabaran dunia sebenar bagi memperbaiki kualiti kehidupan tanpa merosakkan planet ini untuk masa hadapan.

    Di samping itu, Dr Shamsiah Zuraini Kanchanawati menyatakan bahawa Pusat Inovasi Keusahawanan (EIC) menerusi falsafah pemikiran keusahawanan dan pertumbuhannya akan terus membangunkan pemikiran para pelajar untuk pragmatiskan konsep-konsep yang dipelajari dalam STEAM ke arah kemahiran kehidupan yang berimpak dan lebih bermakna yang akan menyumbang kepada pembangunan mampan bagi masa depan mereka.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Agensi cuaca Jepun keluarkan amaran strok haba

    TOKYO, 26 JULAI – Pegawai cuaca Jepun hari ini menggesa orang ramai mengambil langkah-langkah bagi mencegah strok haba ketika cuaca panas melampau dijangka melanda...