Monday, May 12, 2025
25.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Bersama peduli golongan kurang berkemampuan

    Oleh Daniel Lim
    Gambar serahan Pejabat Hal Ehwal Ugama Daerah Belait

    BELAIT, 28 MAC – Susulan program yang bermula pada hujung minggu lalu di Pejabat Hal Ehwal Ugama Daerah Belait, lima rombongan berasingan dari pejabat tersebut kelmarin berangkat untuk mengembara ke seluruh Daerah Belait bagi menghantar secara peribadi barang-barang keperluan asas sebagai sebahagian dari Program Al-Ihtimam Ma’an.

    Antara kawasan yang dilawati oleh rombongan berkenaan ialah sekitar Mukim Belait, Kampung Keluyoh Perumpong di Mukim Liang, Kampung Bukit Puan di Mukim Labi, dan Kampung Rampayoh di Mukim Labi.

    Secara keseluruhannya, 29 keluarga dari kawasan-kawasan berkenaan telah menerima barang-barang keperluan asas mereka.

    Program yang membawa maksud Bersama Kami Prihatin ini tidak hanya membantu untuk meringankan beban mereka yang memerlukan semasa bulan Ramadan, bahkan bertujuan untuk merayakan ulang tahun ke-55 penubuhan Pejabat Hal Ehwal Ugama Daerah Belait pada 3 Syaaban 1387 Hijrah bersamaan dengan 6 November 1967.

    Rombongan dari Pejabat Hal Ehwal Ugama Daerah Belait semasa menyerahkan bantuan.
    Antara keluarga di Daerah Belait yang menerima bantuan.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda