Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Bersama pulihara kebersihan pantai

    Oleh Sim Y. H. – 

    BANDAR SERI BEGAWAN, 28 JAN – Dalam usaha untuk sama-sama menjaga dan memulihara kebersihan pantai, Jabatan Kemajuan Pelancongan, Kementerian Sumber-sumber Utama dan Pelancongan (KSSUP) dengan kerjasama Majlis Perundingan Kampung (MPK) Telisai telah mengadakan kempen kebersihan dan riadah sempena Rancangan Hari Bertindak yang berlangsung di Taman Rekreasi Tumpuan Telisai, hari ini.

    Seramai 30 orang pegawai dan kakitangan Jabatan Kemajuan Pelancongan serta 10 orang warga MPK Telisai yang diketuai oleh Ketua Kampung Telisai, Awang Sofian bin Haji Mohd Yusof menyertai kempen berkenaan.

    Di samping mengadakan kempen membersihkan kawasan sekitar taman rekreasi berkenaan, warga jabatan serta MPK Telisai juga berkesempatan mengagihkan barang-barang keperluan asasi kepada golongan keluarga yang memerlukan di sekitar Kampung Telisai.

    Acara itu bermatlamat untuk menyokong inisiatif Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan (KKBS) dalam menjayakan kempen Rancangan Hari Bertindak serta untuk mengeratkan hubungan silaturahim antara warga Jabatan Kemajuan Pelancongan dan warga penduduk Kampung Telisai.

    Ia juga diharap akan dapat menyebarluaskan lagi mengenai betapa pentingnya hubungan silaturahim yang dijalinkan antara warga sesama masyarakat secara umumnya dalam usaha bergotong-royong untuk menjayakan sesuatu acara.

    Warga KSSUP dan MPK Telisai bergambar ramai semasa kempen membersihkan pantai. – GAMBAR SERAHAN JABATAN KEMAJUAN PELANCONGAN
    Warga Jabatan Kemajuan Pelancongan dan MPK Telisai yang menyertai kempen kebersihan dan riadah yang berlangsung di Taman Rekreasi Tumpuan Telisai. – GAMBAR SERAHAN JABATAN KEMAJUAN PELANCONGAN

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Agensi cuaca Jepun keluarkan amaran strok haba

    TOKYO, 26 JULAI – Pegawai cuaca Jepun hari ini menggesa orang ramai mengambil langkah-langkah bagi mencegah strok haba ketika cuaca panas melampau dijangka melanda...