Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    10 pelajar JIS capai markah tertinggi di Brunei

    Oleh Nurdiyanah R. –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 28 JAN – Sebanyak 17 Outstanding Pearson Learner Awards (OPLA) telah dianugerahkan kepada 10 orang pelajar Pearson Edexcel dari Sekolah Antarabangsa Jerudong (JIS) pada atas keputusan cemerlang mereka dalam peperiksaan IGCSE dan A Level pada 2023.
     
    Anugerah berkenaan diberikan setiap tahun kepada para pelajar yang menduduki mana-mana kelayakan Pearson semasa siri-siri peperiksaan, yang telah mencapai markah subjek tertinggi di negara masing-masing, di rantau ini mahupun di dunia.
     
    Menurut kenyataan yang dikeluarkan JIS, Awang Muhammad Afiq bin Abdul Rahman, pelajar Biasiswa Kementerian Pendidikan di JIS, mencapai markah tertinggi di Negara Brunei Darussalam bagi peperiksaan Pearson Edexcel GCE A Level dalam Matematik. Pada masa ini, Awang Muhammad Afiq merupakan pelajar Tahun 13 di JIS dan di Tahun 12, beliau telah mengambil peperiksaan Matematik setahun awal.
     
    Sebelumnya, Wesley Lim, seorang pelajar Brunei, mencapai markah tertinggi di negara ini bagi kelayakan Pearson Edexcel International A Level dalam Fizik dan mencapai markah tertinggi di dunia bagi Pearson Edexcel International A Level dalam Ekonomi.
     
    Lapan pelajar yang mencapai markah tertinggi di Brunei bagi mata pelajaran IGCSE ialah Dayang Ariesya Shakira binti Mohammad Suhaimi (Kesusasteraan Inggeris dan Bahasa Inggeris), Gideon Chan (Kimia dan Matematik Tulen Lanjutan), Isabella Malik (Biologi dan Fizik), Jia Hui Tan (Sains Double Award), Michael Wu (Muzik), Mithya Mannapperuma (Ekonomi, Matematik A, Sains Double Award), Dayang Nur Nadhirah Umairah bin Amirul Adly (Sejarah) dan Safiya Pengiran Dr Haji Mohd Khalifah (Perniagaan dan Geografi).
     
    JIS menawarkan Pendidikan Antarabangsa British yang memuncak dalam IGCSE, A Level, Diploma IB atau BTEC Antarabangsa. Keputusan peperiksaan pelajar JIS secara konsisten melebihi purata dunia dan kebanyakan graduan melanjutkan pelajaran ke universiti pilihan pertama mereka di seluruh dunia.
     
    Pelajar yang mencapai markah tertinggi di Negara Brunei Darussalam bagi mata pelajaran IGCSE bergambar ramai bersama pengetua dan pengarah akademik. – GAMBAR SERAHAN JIS
    Awang Muhammad Afiq menerima sijil markah tertinggi di Negara Brunei Darussalam bagi peperiksaan A Level dalam Matematik. – GAMBAR SERAHAN JIS
     
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...