Oleh Nurdiyanah R.
BANDAR SERI BEGAWAN, 1 OGOS – Meski terpisah jarak dan waktu, ikatan persahabatan tetap bersemarak dalam hati dan jiwa seramai 11 orang bekas penuntut Sekolah Tinggi Perempuan Raja Isteri (STPRI) tahun 1973 hingga 1977 yang telah meninggalkan zaman persekolahan menengah mereka sejak 46 tahun lalu.
Dengan adanya kemudahan aplikasi WhatsApp, mereka dapat menyatukan kembali rakan-rakan seperjuangan dalam satu perhimpunan majlis sua kembali yang diadakan di Restoran Tarindak D’Seni, di ibu negara, baru-baru ini.
Menurut pengerusi majlis, Pengiran Masramlah binti Pengiran Abdul Rahman menjelaskan pertemuan seumpamanya itu diadakan kali ketiga sejak mereka menamatkan persekolahan di STPRI, yang mana ia adalah sesuatu yang sentiasa dinanti-nantikan setelah sekian lama tidak bertemu demi mengeratkan lagi hubungan mesra yang telah lama terjalin antara satu sama lain.