Monday, February 3, 2025
26.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Bertahlil di Kubah Makam Diraja

    Oleh Yusrin Junaidi & Ak Zaki Kasharan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 28 MAC – Dalam meraih keberkatan di bulan Ramadan ini, pelbagai pihak telah mengadakan majlis membaca Surah Yasin dan bertahlil khusus bagi Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Al-Marhumah Duli Raja Isteri Pengiran Anak Damit dan Al-Marhum Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Haji ‘Abdul ‘Azim di Kubah Makam Diraja.

    Antara yang mengadakan majlis itu hari ini adalah Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri (KHEDN) yang dihadiri oleh Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, Yang Berhormat Dato Seri Setia Haji Ahmaddin bin Haji Abd Rahman.

    Hadir sama ialah setiausaha-setiausaha tetap dan timbalan setiausaha tetap di KHEDN, ketua-ketua jabatan, para pegawai kanan serta pegawai dan kakitangan KHEDN dan jabatan-jabatan di dalamnya serta penghulu-penghulu mukim dan ketua kampung dari keempat-empat daerah.

    Majlis serupa juga dianjurkan oleh Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan (KKBS) yang diketuai oleh Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Haji Nazmi bin Haji Mohamad.

    Turut hadir ialah Setiausaha Tetap (Kebudayaan) di KKBS, Pengiran Haji Mohd Hasnan bin Pengiran Haji Ali Hassan; Setiausaha Tetap (Kebeliaan), Haji Zakaria bin Haji Serudin, para pengarah bahagian dan jabatan, pegawai dan kakitangan KKBS dan jabatan-jabatan di bawahnya, persatuan-persatuan belia, persatuan belia masjid, persatuan sukan, jurulatih sukan, Pusat Kegiatan Warga Emas, pertubuhan bukan kerajaan serta pihak-pihak berkepentingan yang lain.

    Yang Berhormat Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan bersama warga KKBS semasa bertahlil di Kubah Makam Diraja. – Gambar oleh Ak Zaki Kasharan
    Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri bersama warga KHEDN dan jabatan-jabatan di bawahnya semasa bertahlil di Kubah Makam Diraja. – Gambar oleh Muiz Matdani

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda