Thursday, February 6, 2025
28.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Beruang juga mahu mandi jakuzi

    BURBANK, 30 JULAI — Dengan gelombang haba musim panas yang sedang melanda di Selatan California, kolam belakang rumah adalah tempat yang menarik untuk berenang.
    Bahkan juga seekor beruang.

    Polis di bandar Burbank telah menerima laporan mengenai kemunculan seekor beruang di kawasan perumahan dan mendapati haiwan itu sedang duduk di dalam jakuzi di belakang salah satu rumah.

    Selepas berenang sebentar, beruang itu memanjat pagar dan menuju ke sebatang pokok di belakang rumah tersebut, kata polis dalam satu kenyataan baru-baru ini.

    Polis mengeluarkan video haiwan itu di kawasan kejiranan, yang terletak kira-kira 16 kilometer utara Los Angeles dan berhampiran dengan Gunung Verdugo.

    Polis Burbank telah mengeluarkan amaran kepada penduduk untuk menjauhkan diri daripada beruang dan memastikan semua tong sampah dikunci dan makanan disimpan untuk menghalang beruang daripada datang ke kediaman mereka. – AP

    Dalam imej yang diambil daripada video yang disediakan oleh Jabatan Polis Burbank, seekor beruang duduk di dalam jakuzi di bandar Burbank, California pada 28 Julai. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda