BEIJING, 31 JULAI – Sebuah zoo di timur China menafikan cadangan mengatakan beberapa beruangnya mungkin orang dalam kostum selepas gambar haiwan itu berdiri seperti manusia tular dalam talian.
Beruang matahari dari Malaysia adalah lebih kecil daripada beruang lain dan kelihatan berbeza tetapi adalah haiwan sebenar, kata Zoo Hangzhou pada hari ini dalam akaun media sosialnya.
Pengguna Internet mempersoalkan sama ada beruang di zoo itu benar selepas foto tersebar menunjukkan seekor beruang berdiri tegak dengan kaki belakang yang langsing.
“Oleh kerana cara ia berdiri, sesetengah orang dalam talian mempersoalkan sama ada haiwan tersebut adalah ‘manusia yang menyamar,’” kata akhbar Hangzhou Daily. – AP