Sunday, March 16, 2025
27.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    BEST meriahkan Kuala Belaitku Ceria

    Oleh Normazlina M.D

     

    TUTONG, 2 Okt – Bagi memeriahkan lagi Kuala Belaitku Ceria, ahli-ahli Kumpulan Berbasikal Ekspedisi Sukarelawan Tutong (BEST) tidak ketinggalan menyertai acara riadah berbasikal di Kuala Belait, kelmarin.

    Turut hadir menyertai acara berkenaan itu ialah Pengerusi Kumpulan BEST, PW1(B) Haji Aminudin bin Haji Abdul Karim.

    Menurut PW1 (B) Haji Aminudin selaku ketua berkata, ahli-ahli BEST telah memeriahkan acara Kuala Belaitku Ceria dengan menyertai riadah berbasikal sejauh 18km di sepanjang jalan Kuala Belait.

    Selain itu katanya, penyertaan mereka itu bukan hanya setakat dalam negeri sahaja, bahkan kumpulan itu juga pernah mengikuti kayuhan di negara jiran.

    Antara ahli BEST yang menyertai acara riadah berbasikal sejauh 18km di Kuala Belait, kelmarin.

    “Insya-Allah ahli-ahli BEST akan menyertai kayuhan basikal ‘Labuan FSA Fellowship Ride’ di Labuan pada 22 Oktober ini,” tambahnya lagi.

    Dengan melakukan aktiviti riadah seperti ini, ia dapat mengisi masa luang ahli-ahli BEST yang kebanyakannya terdiri daripada mereka yang sudah bersara di samping mengamalkan aktiviti-aktiviti sihat dan mengeratkan hubungan silaturahim bersama peminat-peminat basikal di keempat-empat daerah serta meluangkan masa untuk mengenali negara sendiri.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda