Saturday, March 15, 2025
23 C
Brunei

    Berita Terkini

    BFFS juarai pencarian harta karun maya 2021

    Oleh Salawati Haji Yahya

    BANDAR SERI BEGAWAN, 31 DIS – Pasukan BFFS telah dinobatkan sebagai juara dalam pertandingan Pencarian Harta Karun Edisi Percutian 2021 dan membawa pulang hadiah
    wang tunai $500, pada pengumuman yang dibuat secara maya.

    Sementara itu, tempat kedua dimenangi oleh pasukan Four Foragers yang memenangi wang tunai $400, manakala pasukan Web Warriors menduduki tempat ketiga dan menerima hadiah $300.

    Diadakan sebahagian daripada Festival Disember Brunei (BDF) 2021, pencarian harta karun secara maya itu merupakan kali kedua dianjurkan oleh Brunei Events dan 12 pasukan telah mengambil bahagian untuk menyelesaikan teka-teki dan cabaran bagi memenangi hadiah wang tunai dan cabutan bertuah.

    Pertandingan berlangsung selama empat jam yang bermula pada pukul 8 pagi di mana pasukan perlu untuk menyerahkan semua jawapan mereka selewat-lewatnya pada pukul 12 tengah hari.

    Seperti sebelumnya, acara itu dilakukan secara dalam talian dengan pengecualian pengagihan beg buah tangan kepada peserta yang dilakukan melalui pandu lalu tanpa sentuh.

    LOGO BDF

    Antara yang hadir pada majlis pengumuman yang dibuat secara maya itu. – Gambar serahan Brunei Events

    Antara hadiah cabutan bertuah termasuk telefon bimbit, penginapan di Hotel Radisson dan baucar makan daripada RBC, The Brunei Hotel dan Hotel Mulia.

    Lebih separuh daripada peserta memenangi hadiah menarik dalam cabutan bertuah.

    Edisi Percutian Pencarian Harta Karun Maya 2021 dikelolakan oleh Brunei Events dan ditaja oleh DST dengan rakan kongsi sokongan imagine, Progresif, Red Bull, The Brunei Hotel, Hotel Radisson, Hotel Mulia, SUCI, Tecno Mobile, YellowPages, MINT dan beberapa lagi.

    BDF merupakan satu inisiatif oleh Kementerian Sumber-sumber Utama dan Pelancongan melalui Lembaga Pelancongan Brunei untuk mempromosikan acara domestik dalam pelbagai kategori.

    Walaupun negara ketika ini memasuki Fasa Awal Endemik, acara ini adalah menyokong inisiatif #TERANAHDIRUMAH oleh Kementerian Kesihatan yang mana kebanyakan acara diadakan secara dalam talian.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda