Friday, April 26, 2024
24.7 C
Brunei

    -

    BFM anjur Liga Besbol Kebangsaan 2023

    KUALA LUMPUR, 6 OKT – Persekutuan Besbol Malaysia (BFM) akan menganjurkan buat julung kali Liga Besbol Kebangsaan 2023 yang dijangka membuka tirai Januari depan.

    Presidennya Sazali Husain berkata pengenalan liga berkenaan bertujuan mencungkil ramai bakat baharu daripada peringkat akar umbi untuk mewakili pasukan kebangsaan pada masa akan datang.

    “Kita pernah adakan dahulu pada 2017, namun ketika itu masih belum ada persejutuan, jadi kali ini secara rasmi dengan adanya kerjasama dari dua penaja iaitu Bubbles02 Sdn Bhd dan Aeon Big Sdn Bhd.

    “Sambutan penyertaan dari negeri sangat menggalakkan dengan enam negeri (Johor, Putrajaya, Kuala Lumpur, Negeri Sembilan, Perlis dan Kedah) sudah mengesahkan slot. Penyertaan masih dibuka sehingga akhir November depan,” katanya ketika ditemui pemberita di Ekspo Industri Sukan Kuala Lumpur 2022 (EISKL 2022) di Stadium Nasional Bukit Jalil hari ini.

    Sazali memaklumkan kejohanan tersebut akan menggunakan format Persekutuan Besbol Asia (BFA) dan Konfederasi Besbol-Softball Dunia (WBSC), namun akan disesuaikan dengan format tempatan bagi memastikan pemain dapat beraksi dengan baik.

    Beliau bagaimanapun berkata liga yang akan berlangsung kira-kira tiga bulan itu masih belum ditetapkan jumlah wang tunai bagi pasukan yang memenangi kejohanan tersebut.

    “Kita sebenarnya menerima tajaan sebanyak RM160,000, namun masih belum ada perbincangan dengan pihak penaja bagi jumlah wang tunai kepada pemenang. Bagi edisi ini kita turut membenarkan penyertaan peserta luar negara bagi membantu dalam memperkuatkan pasukan negeri masing-masing,” katanya. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...