Sunday, March 16, 2025
23.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    BHSI lancar insurans jenayah komersial

    BOSTON & HONG KONG, 2 DIS – Berkshire Hathaway Specialty Insurance (BHSI) hari ini mengumumkan bahawa ia akan memperkenalkan Insurans Jenayah Komersial di Asia, satu dasar baharu yang direka untuk membantu syarikat-syarikat menangani pendedahan bagi sebuah landskap penipuan yang berubah-ubah.

    “Penipuan korporat sekarang menjadi semakin canggih ketika teknologi semakin maju pada satu kadar yang pesat merentasi seluruh dunia. Syarikat-syarikat kini menghadapi ancaman baharu dan dipertanggungjawabkan dengan melindungi aset tradisional dan digital,” kata Scotland Walsh-Riddle, Ketua bagi Eksekutif & Talian Profesional, BHSI Asia.

    “Dasar kami adalah perlindungan penting bagi kunci kira-kira sesebuah syarikat dengan menginsuranskan terhadap kerugian yang berbangkit daripada pelbagai ancaman dan memberikan sokongan untuk menyiasat punca sesuatu kerugian.” – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda