Saturday, September 28, 2024
30.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    BIBD dinobat juara bola sepak tujuh sebelah

    BANDAR SERI BEGAWAN, 27 SEPT – Bank Islam Brunei Darussalam (BIBD) dinobatkan sebagai juara Kejohanan Bola Sepak Tujuh Sebelah Antara Syarikat anjuran Top Bins Event Management setelah mempamerkan prestasi cemerlang dalam perlawanan akhir yang berlangsung di Kelab Peak, baru-baru ini.

    Kejohanan tersebut disertai oleh pelbagai syarikat besar, sederhana, dan kecil dari seluruh negara, menjadi platform bagi memupuk semangat kesukanan, di samping mengukuhkan hubungan dalam kalangan komuniti perniagaan.

    Pasukan BIBD menampilkan keunggulan mereka dengan menewaskan pasukan imagine, Syarikat Brunei Methanol (BMC), Bank Baiduri dan Syarikat Penerbangan Diraja Brunei (RB) sebelum mara ke perlawanan akhir.

    Dalam perlawanan tersebut, BIBD berjaya mengatasi cabaran pasukan Yuni-Ku dengan kemenangan 2-0.

    Kejohanan tersebut bukan sahaja menjadi platform untuk persaingan sihat, malah ia turut meningkatkan hubungan baik dalam kalangan syarikat yang terlibat, selaras dengan komitmen BIBD iaitu untuk membina hubungan yang lebih erat dengan komuniti perniagaan dan memupuk budaya kerja yang positif.

    Berikutan kejayaan itu, tiga pemain BIBD telah terpilih untuk mewakili Brunei dalam Kejohanan Bola Sepak 7 Sebelah Asia di Kuala Lumpur, Malaysia, yang akan datang, di mana mereka bakal beraksi menentang pasukan terbaik dari negara seperti Jepun, Vietnam dan Singapura.

    Pasukan BIBD bergambar ramai berserta trofi dan hadiah kemenangan selepas dinobatkan juara kejohanan tersebut. – GAMBAR SERAHAN BIBD
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda