Saturday, April 20, 2024
30.2 C
Brunei

    -

    BIBD komited bantu perniagaan pulih

    Oleh Ak Zaki Kasharan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 3 JUN – Bank Islam Brunei Darussalam (BIBD) telah meneruskan lagi Siri BIBD SME360 dengan forum secara maya yang menyaksikan perbincangan tentang bentuk dan keadaan semasa acara-acara, industri kreatif dan perundingan profesional.

    Menurut kenyataan BIBD, acara dua hari itu bermula pada 1 Jun lalu dengan sesi bertajuk The New Work Order (Part 1): Evolution of Brunei’s Professional Consultancy Industry di mana ahli-ahli panel telah menekankan tanggungjawab pemilik perniagaan untuk mengiktiraf kebolehan dan kemahiran pekerja mereka dan melatih mereka sekiranya tidak mempunyai kemahiran yang diperlukan untuk kemajuan dan peningkatan kerjaya.

    Sesi berikut bertajuk The New Work Order (Part 2): Leading in the Era of Ideas, Creativity and Rapid Changes pula menekankan bahawa norma baharu masih merupakan istilah tanpa definisi yang jelas oleh itu pemimpin perlu menjadi inspirasi dan kreatif serta prihatin terhadap pendekatan penyelesaian masalah.

    Sementara itu, topik pertama pada hari kedua, bertajuk Reboot of Brunei’s Event Industry: Wedding & MICE (Meeting, Incentives, Conference & Exhibition) pula mengupas mengenai kepentingan kerjasama dan kerja berpasukan untuk memastikan acara dan program dapat dilaksanakan dengan jayanya dan teratur.

    Topik kedua bertajuk Brunei’s Creative Industry: Challenges and Opportunities pula merungkai kepentingan mendapat pengiktirafan besar hasil kerja keras serta menggunakan media sosial untuk membina reputasi dan menarik minat penonton.

    Antara peserta yang mengambil bahagian dalam forum Siri BIBD SME360 yang dianjurkan baru-baru ini. – Gambar serahan BIBD

    Sesi terakhir bertajuk The Emerging Coaching, Learning & Executive Development Industry in Brunei telah menekankan bahawa dalam memberikan kaunseling dan bimbingan kepada klien, jurulatih perlu memberikan kejelasan dan sokongan dalam nasihat dan bimbingan mereka.

    Mereka juga perlu lebih aktif dan mencari peluang untuk mempamerkan keupayaan mereka di media sosial.

    BIBD menyatakan, semua topik yang dibincangkan adalah selaras dengan usaha BIBD untuk membantu perusahaan kecil dan sederhana (PKS) pulih secara mampan berikutan penularan wabak COVID-19 di negara ini.

    Ia juga merupakan sebahagian daripada komitmen bank untuk mendidik dan membawa kesedaran tentang bidang di mana perniagaan boleh belajar cara menjalankan amalan perniagaan yang lebih mementingkan persekitaran yang mana semuanya terdapat dalam tiga tunggak Rangka Kerja Kelestarian BIBD, khususnya, Responsible Entrepreneurship.

    Siri SME360 diharap menjadi platform untuk perniagaan dan organisasi mengumpul idea yang akan membantu mereka pulih daripada kesan COVID-19.

    Forum seterusnya akan diadakan semasa Persidangan dan Pameran Pertengahan Tahun Brunei (MYCE) di Pusat Persidangan Antarabangsa (ICC) pada 17 Jun hadapan.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...