Saturday, April 20, 2024
24.4 C
Brunei

    -

    BIBD rai usahawan wanita

    Oleh Salawati Haji Yahya

    BANDAR SERI BEGAWAN, 17 NOV – Lima usahawan wanita telah berjaya menamatkan Program SEED Kohort ke-4 bagi tahun 2021-2022 dan diraikan pada majlis penyampaian sijil dan dana zakat perniagaan di Bangunan PGGMB, Jalan Kianggeh di ibu negara, hari ini.

    Hadir selaku tetamu kehormat dan seterusnya menyempurnakan penyampaian sijil dan dana zakat perniagaan ialah Penolong Mufti (Buhuth) di Jabatan Mufti Kerajaan, Jabatan Perdana Menteri, Dato Seri Setia Dr Haji Mazanan bin Haji Yusof yang juga Pengerusi Badan Penasihat Syariah Bank Islam Brunei Darussalam (BIBD).

    Pada tahun ini, tiga peserta telah memilih industri makanan dan minuman (F&B) manakala dua yang lainnya memiliki perniagaan sendiri dalam industri perkhidmatan.

    Majlis juga diselajurkan dengan penyerahan surat tawaran Program BIBD SEED Kohort ke-5 bagi tahun 2022-2023 kepada 14 peserta yang disempurnakan oleh tetamu kehormat majlis.

    Para peserta terdiri daripada pengusaha wanita dalam kumpulan yang kurang berkemampuan di bawah Pusat Dakwah Islamiah (PDI), Kementerian Hal Ehwal Ugama (KHEU), Majlis Ugama Islam Brunei (MUIB), Jabatan Pembangunan Masyarakat (JAPEM) di bawah Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan (KKBS), dan Persatuan Gerakan Ibu Tunggal (PGIT).

    Dato Seri Setia Dr Haji Mazanan bergambar ramai bersama tetamu kehormat dan tetamu khas yang lain pada majlis berkenaan.

    Pada majlis itu, tetamu kehormat bersama tetamu yang lain berpeluang melihat lebih dekat lagi pameran ke-usahawanan peserta Program BIBD SEED dari kohort 1 hingga 4 dan diselajurkan dengan sesi ramah mesra ramah mesra dengan peserta program.

    Setakat ini, seramai 41 orang usahawan wanita telah menyertai program berkenaan di mana 27 daripadanya telah layak mendapat pembiayaan dana zakat perniagaan.

    Manakala itu, seramai 221 wanita pula telah melalui kem permulaan BIBD SEED, yang memberi tumpuan kepada asas-asas keusahawanan.

    Sejak penubuhan program BIBD SEED, sejumlah $118,740 pembiayaan di bawah dana zakat telah diagihkan dan diharap dapat menjadi pemangkin untuk berjaya dalam bidang yang dipilih.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...