Friday, October 18, 2024
22.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Bidang pertanian akan dimartabatkan

    KUALA LUMPUR, 21 FEB – Memartabatkan bidang pertanian ke tahap profesional sehingga mampu menjana pendapatan yang lumayan, merupakan antara misi utama Datuk Seri Mohamad Sabu sebagai Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan (MAFS).

    Bagi mencapai matlamat itu, Mohamad berkata beliau sendiri akan sentiasa menekankan dan memotivasikan mengenai perubahan minda, kepada mereka yang terlibat dalam bidang pertanian.

    “Saya lihat dalam bidang pertanian ini bagi sesetengah orang, mereka tidak menganggap ia sebagai kerja. Kadangkala mereka tidak meletakkan usaha sepenuhnya dalam hal kerjanya itu. Apabila kerja kontrak misalnya, mereka boleh buat dan sanggup untuk berpanas.” – Bernama

    Mohamad pada temu bual eksklusif bersama Bernama. – Bernama
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda