Ahad, 23 November 2025
Klik Lagi

    Biden batalkan lawatan ke Itali

    WASHINGTON, 9 JAN – Presiden Amerika Syarikat (AS) Joe Biden membatalkan lawatan ke Itali yang dijadualkan susulan kebakaran di bandar Los Angeles, lapor agensi Anadolu (AA) memetik kenyataan Rumah Putih kelmarin.

    “Selepas kembali malam ini dari Los Angeles, di mana beliau bertemu dengan anggota polis, bomba dan pasukan kecemasan yang sedang menangani kebakaran yang marak di kawasan itu serta meluluskan pengisytiharan bencana besar untuk California, Presiden Biden membuat keputusan untuk membatalkan lawatannya ke Itali untuk kekal fokus kepada usaha penuh kerajaan persekutuan dalam beberapa hari akan datang.

    “Maklumat lanjut akan diumumkan kemudian,” kata jurucakap Karine Jean-Pierre dalam satu kenyataan.

    Kebakaran hutan didorong oleh angin ribut dan cuaca kering merebak dengan pantas di utara dan barat laut Los Angeles kelmarin, menyebabkan lima kematian dan memusnahkan lebih 1,000 kediaman, perniagaan serta bangunan lain.

    Kebakaran di kawasan Palisades yang bermula pada Selasa kekal yang terbesar, membakar hampir 16,000 ekar kawasan dan merebak dengan pantas di kawasan perumahan mewah Pacific Palisades berhampiran pantai.

    Syarikat ramalan cuaca, AccuWeather menganggarkan kerugian akibat kebakaran itu berjumlah antara AS$52 bilion dan AS$57 bilion.

    “Ini adalah bencana yang dahsyat. Kami baru mula mendapat gambaran jelas mengenai tahap kemusnahan dan kerugian,” kata Ketua Meteorologi AccuWeather, Jonathan Porter.
    Kebakaran itu memaksa lebih 70,000 penduduk meninggalkan kediaman mereka. – Bernama

    Joe Biden bercakap di Katedral St. Louis di New Orleans pada 6 Januari. – AP

    Kata Kunci

    Popular

    Sukan

    Kick for Joy asah bakat bola sepak belia

    Idea unik teknik pembuatan tradisional wagashi

    Komited memajukan kerjasama pengangkutan ASEAN

    Berita Berkaitan

    Hutan Hyrcanian UNESCO terbakar, Iran rayu bantuan antarabangsa

    TEHRAN, 23 NOV - Iran telah meminta bantuan luar...

    ‘Penempatan pengawal kebangsaan di Washington oleh Trump tidak sah’

    WASHINGTON, 21 NOV – Seorang hakim persekutuan kelmarin memutuskan...

    Korea S giat usaha kawal kebakaran hutan Inje

    SEOUL, 21 NOV - Pihak berkuasa Korea Selatan mengerahkan...

    Arab Saudi minta AS cuba akhiri konflik Sudan – Trump

    WASHINGTON, 20 NOV - Presiden Donald Trump kelmarin berkata...

    Terkini

    Kick for Joy asah bakat bola sepak belia

    Oleh James Kon - BANDAR SERI BEGAWAN, 23 NOV –...

    Idea unik teknik pembuatan tradisional wagashi

    KYOTO - Kawasan Omuro di Wad Ukyo, Kyoto, merupakan...

    Komited memajukan kerjasama pengangkutan ASEAN

    Oleh Salawati Haji Yahya - BANDAR SERI BEGAWAN, 23 NOV...

    Lawatan perkukuh jalinan, erat silaturahim

    Oleh Daniel Lim - BELAIT, 23 NOV — Ahli-ahli Majlis...