WASHINGTON, 25 APRIL – Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden dijangka mengumumkan hari ini dia akan bertanding untuk penggal kedua pada usia 80 tahun, dalam kempen baharu yang sengit di Rumah Putih dan kemungkinan pertarungan semula dengan Donald Trump.
“Nantikan,” kata Biden kepada pemberita di Rumah Putih, kelmarin.
Demokrat itu dijangka mengeluarkan mesej video, sama seperti yang dilakukannya empat tahun lalu apabila beliau mengumumkan usaha terakhirnya untuk mengalahkan Trump pada 2020.
Selepas beberapa siri kemenangan besar dalam perundangan dan pergelutan dalam dasar luar negeri semasa dua tahun pertamanya memegang jawatan itu, Biden tidak mempunyai saingan sebenar dari dalam Parti Demokrat.
Tetapi beliau dijangka berdepan penelitian yang berterusan berhubung usianya.
Demokrat veteran itu akan menjangkau usia 86 tahun menjelang akhir penggal kedua. Walaupun peperiksaan perubatan pada Februari mendapati beliau sihat untuk melaksanakan tugas jawatan presiden, ramai termasuk pengundinya sendiri percaya bahawa beliau sudah terlalu tua. – AFP
