Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    BIG iktiraf 6 ahli baharu

    Oleh Ak Zaki Kasharan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 21 FEB – Bagi mempromosikan ejen hartanah dan meningkatkan pengetahuan dan kemahiran semua orang dalam profesion tersebut, Program Continuous Professional Development (CPD) telah diadakan di Dewan Indera Pahlawan, Kementerian Pembangunan pada 28 Januari lalu.

    Program yang dianjurkan bersama oleh Jabatan Tanah, Kementerian Pembangunan dan Institusi Geomatik Brunei (BIG) di bawah Seksyen Hartanah, Awang Eddy Nor Ezwan bin Awang Haji Mohammad sebagai pengerusi dan Dayang Nadthra binti Ahmad Irawadi sebagai setiausaha hartanah telah dimulakan dengan ucapan perasmian oleh Presiden BIG, Haji Ali Bakar bin Haji Kasim di mana beliau turut mengalu-alukan enam ahli baharu di bawah Seksyen Hartanah yang telah membentangkan kertas kerja mereka pada 10 September 2022.

    Lebih 50 peserta telah menghadiri program tersebut yang terdiri daripada pegawai kerajaan, ahli BIG, ejen hartanah berdaftar dan penilai yang diperakui di bawah Lembaga Penilai dan Ejen Harta nah (BoVEA) dan badan profesional lain.

    Sementara itu, penyampaian sijil keahlian kepada ahli-ahli baharu telah disampaikan oleh Presiden BIG Brunei.

    Antara ahli baharu tersebut termasuklah Lee Jia Hau dari Homestage Realty dengan pembentangannya mengenai ‘Proses Membeli Hartanah di Brunei’; Mek Cheau Soon dari Ascot Real Estate menyampaikan topik ‘Kerjaya Saya Sebagai Ejen Hartanah’; Ng Lee Yun dari Excel View Realty dengan topik ‘Pengalaman Penting dalam Bidang Ejen Hartanah’.

    ‘Membeli Hartanah Kediaman’ oleh Julius Christopher Keasberry dari Bess Property Agency; Chew Ee Pei dari G.A Real Estate membentangkan ‘Peranan dan Tanggungjawab Sebagai Ejen Hartanah’ dan Syaifa Hananee Abdullah Toa Panya dari Bess Property Agency membentangkan kertas kerjanya mengenai ‘Garis Panduan untuk Pembelian Hartanah’.

    CPD turut menampilkan penceramah jemputan dari Brunei Darussalam Central Bank (BDCB), Dayangku Nurul Ehsani binti Pengiran Mohammad berkaitan ‘Pencegahan Penggubahan Wang Haram dan Membanteras Pembiayaan Keganasan’.

    Gambar ramai pada majlis berkenaan. – Gambar serahan BIG Brunei
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Agensi cuaca Jepun keluarkan amaran strok haba

    TOKYO, 26 JULAI – Pegawai cuaca Jepun hari ini menggesa orang ramai mengambil langkah-langkah bagi mencegah strok haba ketika cuaca panas melampau dijangka melanda...