Tuesday, April 23, 2024
25.2 C
Brunei

    -

    Bilik rumah terbakar

    Oleh Sim Y. H.
    Gambar serahan JBP

    BANDAR SERI BEGAWAN, 10 JAN – Sebuah rumah mengalami kerosakan dalam kejadian kebakaran yang berlaku di Rancangan Perumahan Negara (RPN) Kampung Mentiri, petang kelmarin.

    Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBP), di sini, sembilan orang anggota dari Balai Bomba Mentiri, Cawangan Operasi A yang diketuai oleh SO Pengiran Haji Ali Abdul Rahman bin Pengiran Haji Halus, dikejarkan ke tempat kejadian pada pukul 1:25 petang.

    Kenyataan menyatakan bahawa api besar membakar sebuah bilik di tingkat atas rumah yang diperbuat daripada konkrit dan beratapkan spandik.

    Anggota bomba dan penyelamat segera bertindak memakai set alat pernafasan dan memadam kebakaran itu dengan air yang diperoleh dari jentera bomba di mana api dapat dikawal dalam masa 10 minit.

    Kenyataan menyatakan lagi bahawa punca serta anggaran kerugian dalam kejadian berkenaan masih dalam siasatan dan tidak ada korban jiwa berlaku.

    JBP menyarankan orang ramai supaya memastikan kediaman mereka dilengkapi dengan peralatan keselamatan iaitu alat pemadam api ringan jenis debu kering 4 kilogram dan selimut api dan memastikan menutup mana-mana suis peralatan elektrik selepas digunakan atau sebelum meninggalkan rumah.

    Di samping itu, jangan sesekali meninggalkan masakan di dapur tanpa diawasi dan jika terdapat kebocoran pada gas supaya memastikan untuk membuka jendela dan pintu bagi pengudaraan serta untuk memastikan penyelenggaraan wayar elektrik dikendalikan oleh syarikat yang bertauliah mengikut piawaian yang dikeluarkan oleh Jabatan Perkhidmatan Elektrik.

    Orang ramai disarankan jika berlaku sebarang insiden kecemasan untuk menghubungi talian kecemasan 995 dan memberikan maklumat yang tepat.

    Anggota bomba berusaha memadamkan api dalam insiden kebakaran rumah di RPN Kampung Mentiri.
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sekumpulan gempa bumi gegarkan Taiwan

    TAIPEI, 23 APRIL - Sekumpulan gempa bumi melanda Taiwan pada awal hari ini, yang paling kuat mempunyai magnitud 6.1, menurut Kajian Geologi Amerika Syarikat...