Monday, July 21, 2025
31.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Bina litar lumba khas untuk peminat sukan permotoran

    Saya sering kali menonton melalui televisyen dan media sosial, dan merasakan betapa majunya sukan permotoran di negara jiran. Namun, terdetik dalam diri saya alangkah bagusnya jika Brunei juga memiliki sebuah litar lumba. Sayang sekali, ia hanyalah satu mimpi.

    Saya masih ingat sewaktu masih kecil sekitar tahun 1970an, ayah saya pernah membawa saya untuk menyaksikan perlumbaan drag, di mana acara tersebut dibanjiri oleh ramai peminat sukan permotoran daripada pelbagai peringkat umur, bangsa serta jantina. Pada kesempatan ini, saya sebagai peminat sukan permotoran ingin mencadangkan kepada pihak berwajib untuk meneliti keperluan membina sebuah litar lumba di Brunei untuk menguji kemahiran mereka.

    Di samping itu dengan terbinanya litar perlumbaan itu ia dapat mengurangkan risiko perlumbaan haram mahupun pemanduan laju yang membahayakan keselamatan jalan raya.

    Pihak yang berkenaan boleh mengenakan kadar sewa berpatutan bagi menampung kos penyelenggaraan.

    Ini secara tidak langsung dapat membendung kegiatan lumba haram yang dilakukan secara senyap-senyap terutama pada waktu malam.

    Foto Canva

    Selain itu, dengan adanya kemudahan litar lumba di negara ini, kita dapat melatih dan mengembangkan bakat terpendam pelumba-pelumba di sini.

    Akhir sekali, saya berharap pihak berkenaan dapat mempertimbangkan cadangan ini kerana dengan mewujudkan litar lumba di negara ini bukan sahaja memenuhi minat peminat sukan permotoran, tetapi juga memberikan manfaat dari segi keselamatan, pembangunan sukan, ekonomi dan komuniti.

    Walaupun terdapat cabaran, perancangan yang baik dan sokongan semua pihak boleh menjadikan projek ini berjaya dan membawa impak positif kepada negara.

    Berikanlah ruang kepada kami yang mempunyai minat tetapi tidak dapat berlumba secara sah di sini.

    Saya percaya dengan menyediakan tempat yang sesuai kepada peminat sukan permotoran ini nanti adakan dapat mengubah persepsi negatif orang ramai mengenai lumba kereta.

    Aiman Junaidi

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda