Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Bintulu alami pembangunan pesat lima tahun akan datang

    BINTULU, 17 APRIL – Kerajaan Negeri Sarawak akan memperbesarkan Taman Perindustrian Samalaju (SIP) bagi menarik banyak pelaburan sekali gus menyaksikan Bintulu mengalami pembangunan pesat dalam tempoh lima tahun akan datang.

    Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata pelbagai kemudahan infrastruktur akan disediakan termasuk meningkatkan kapasiti bekalan tenaga elektrik kepada 1,500 megawatt pada 2028 untuk membantu proses pembesaran taman perindustrian itu.

    “Tenaga elektrik akan dinaikkan sehingga 1,000 megawatt dengan menjanakan turbin gas kitaran gabungan (CCGT) akan ditauliahkan pada 2028.

    “Jadi fasa pertama 1,000 megawatt. Fasa kedua akan kita tauliahkan juga pada 2028 dengan tambahan 500 megawatt. Ini bermakna Bintulu akan menjana kuasa elektrik 1,500 megawatt,” katanya pada Majlis Aidilfitri Lembaga Pembangunan Bintulu (BDA) di sini hari ini.

    Abang Johari berkata kerajaan negeri akan mencuba untuk menghasilkan elektrik dengan menggunakan tenaga kinetik menerusi alunan gelombang air laut dan dilaksanakan di jeti sepanjang 3.5 kilometer (km) di Samalaju.

    “Percayalah saya nak cuba semua termasuklah mengeluarkan elektrik daripada tangki bertingkat kerana ia bergantung kepada konsep graviti. Jadi kita Sarawak ada air, kita ada gelombang. Kita gunakan semua sumber ini untuk menjanakan ekonomi baharu kita,” katanya. – Bernama

    Gambar Bernama
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...