Oleh Ak Zaki Kasharan BANDAR SERI BEGAWAN, 27 DIS – Kementerian Kesihatan menyarankan orang ramai yang layak dan memenuhi kriteria untuk menerima dos penggalak agar mengambil vaksin bivalen bagi mendapatkan perlindungan maksimum terhadap COVID-19. Vaksinasi bivalen Moderna dan Pfizer dapat memberi perlindungan yang lebih baik terhadap varian-varian COVID-19 yang baharu di mana kajian telah menunjukkan

