Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    BKISHHB terima kunjungan rombongan Singapura

    Oleh Nurdiyanah R. – 

    BANDAR SERI BEGAWAN, 26 JAN – Balai Khazanah Islam Sultan Haji Hassanal Bolkiah (BKISHHB), pagi tadi, telah menerima kunjungan lawatan daripada Jane Ittogi Shanmugaratnam, isteri Presiden Republik Singapura, Tuan Yang Terutama Tharman Shanmugaratnam berserta rombongan.

    TYT Tharman Shanmugaratnam dan isteri serta rombongan berada di Negara Brunei Darussalam bagi lawatan negara selama tiga hari hingga hari ini.

    Ketibaan Jane Ittogi Shanmugaratnam dialu-alukan oleh Menteri Hal Ehwal Ugama, Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin bin Pengarah Dato Paduka Haji Awang Othman selaku Timbalan Pengerusi Lembaga Penasihat BKISHHB dan Pengarah BKISHHB, Dr Haji Mohammed Hussain bin Pehin Penyurat Haji Ahmad.

    Jane Ittogi Shanmugaratnam memulakan lawatan dengan menandatangani lembaran kenangan dan diikuti dengan sesi bergambar ramai, sebelum beredar ke galeri pameran BKISHHB.

    BKISHHB merupakan sebuah institusi yang menyimpan dan mempamerkan khazanah warisan Islam yang sangat berharga serta berperanan dalam menjalankan aktiviti pengumpulan, penyelidikan, pengkajian, pengembangan dan penyebaran maklumat dan ilmu-ilmu Islam.

    Sejak pembukaan semula galeri berkenaan kepada orang awam pada 12 Disember 2022, institusi tersebut telah menerima ribuan pengunjung yang bukan sahaja terdiri daripada orang awam malah para pelancong, pembesar dan ketua-ketua negara.

    Jane Ittogi Shanmugaratnam berserta rombongan bergambar ramai semasa kunjungan ke BKISHHB, kelmarin. – GAMBAR SERAHAN BKISHHB
    GAMBAR SERAHAN BKISHHB

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Agensi cuaca Jepun keluarkan amaran strok haba

    TOKYO, 26 JULAI – Pegawai cuaca Jepun hari ini menggesa orang ramai mengambil langkah-langkah bagi mencegah strok haba ketika cuaca panas melampau dijangka melanda...