Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Resepsi raikan Hari Republik India ke-75

    Oleh Yusrin Junaidi –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 26 JAN – Suruhanjaya Tinggi India di Negara Brunei Darussalam telah memperingati Hari Republik India ke-75 dengan majlis resepsi yang berlangsung di Hotel Antarabangsa Rizqun, Gadong, malam ini.

    Hadir selaku tetamu kehormat bagi mewakili kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam ialah Menteri Kesihatan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Mohd Isham bin Haji Jaafar.

    Majlis dimulakan dengan nyanyian lagu kebangsaan Republik India dan Negara Brunei Darussalam disusuli dengan ucapan daripada Pesuruhjaya Tinggi Republik India, Tuan Yang Terutama Alok Amitabh Dimri.

    Dalam ucapannya itu, Tuan Yang Terutama menjunjung kasih kehadapan majlis Kebawah Duli Yang Maha Mulia kerana menyokong masyarakat mereka.

    India dan Brunei telah menikmati hubungan mesra sejak penubuhan hubungan diplomatik pada 1984.

    Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Mohd Isham hadir selaku tetamu kehormat. – GAMBAR OLEH MUIZ MATDANI
    Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Mohd Isham dan TYT Alok Amitabh Dimri semasa upacara memotong kek. – GAMBAR OLEH MUIZ MATDANI
    Upacara menaikkan bendera kebangsaan di premis suruhanjaya berkenaan di Jalan Kota Batu. – GAMBAR OLEH MUIZ MATDANI

    Selama bertahun-tahun, ia telah berkembang kepada penglibatan pelbagai aspek yang bercirikan muhibah, saling hormat-menghormati, memahami dan meningkatkan kerjasama di serantau dan pelbagai hala, tambah beliau.

    Majlis resepsi dimeriahkan dengan upacara memotong kek yang disempurnakan oleh Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Mohd Isham dan TYT Alok Amitabh Dimri diikuti dengan sesi bergambar ramai.

    Terdahulu, upacara menaikkan bendera kebangsaan juga telah diadakan pada sebelah pagi di premis suruhanjaya berkenaan di Jalan Kota Batu.

    Hadir menyempurnakan pengibaran bendera kebangsaan India ialah TYT Alok Amitabh Dimri.

    Turut hadir ialah warga India di Brunei Darussalam yang terdiri daripada rakan-rakan kongsi perniagaan, pegawai perubatan, buruh dan lainnya.

    Pada majlis itu, Tuan Yang Terutama menyampaikan petikan ucapan daripada Presiden Republik India yang antara lain menyentuh mengenai semangat dan usaha India untuk meningkatkan kepelbagaian, demokrasi dan kemajuan.

    Ia merupakan peluang bagi masyarakat India di Brunei Darussalam untuk bersatu dalam solidariti dan menyatakan rasa bangga mereka terhadap warisan budaya dan pencapaian negara.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Agensi cuaca Jepun keluarkan amaran strok haba

    TOKYO, 26 JULAI – Pegawai cuaca Jepun hari ini menggesa orang ramai mengambil langkah-langkah bagi mencegah strok haba ketika cuaca panas melampau dijangka melanda...