Tuesday, March 4, 2025
24.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Blatter, Platini hadapi perbicaraan baharu di Switzerland

    LAUSANNE, 3 MAC – Bekas Ketua FIFA, Sepp Blatter dan bekas Presiden UEFA, Michel Platini, akan kembali ke mahkamah Switzerland hari ini, untuk satu lagi perbicaraan mengenai tuduhan penipuan yang menyingkirkan mereka dari puncak dunia bola
    sepak.

    Mahkamah rayuan khas di Muttenz, berhampiran Basel, akan mendengar permohonan Pejabat Peguam Negara Switzerland (OAG) untuk membuka semula prosiding terhadap Blatter, yang bakal mencecah usia 89 tahun pada 10 Mac, dan Platini yang berusia 69 tahun.

    Masalah perundangan bermula pada 2015 apabila Blatter meletak jawatan sebagai Ketua FIFA susulan krisis rasuah. Ia berpunca daripada pembayaran tertunda sebanyak dua juta franc Switzerland (1.8 juta euro) yang diberikan FIFA kepada Platini pada 2011 untuk khidmat pakar runding.

    Kedua-duanya dibebaskan oleh Mahkamah Persekutuan Switzerland pada Jun 2022 daripada tuduhan termasuk ‘khianat dalam pengurusan’, ‘pecah amanah’ dan ‘pemalsuan dokumen’.

    Mahkamah memutuskan bahawa penipuan ‘tidak dapat dibuktikan dengan fakta yang tidak pasti’. Oleh itu, prinsip umum undang-undang jenayah digunakan, di mana ‘keraguan harus memberi manfaat kepada tertuduh’.

    OAG segera mengemukakan rayuan terhadap keputusan itu, dan mahkamah rayuan akan mengadakan perbicaraan dari Isnin hingga Khamis sebelum memberikan keputusan pada 25 Mac. – AFP

    Sepp Blatter tiba di Muttenz, Switzerland kelmarin untuk perbicaraan semula atas tuduhan penipuan, pemalsuan dan penyelewengan. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda