Saturday, July 27, 2024
31.8 C
Brunei

    -

    Blinken mahu raih sokongan negara-negara Afrika

    ABUJA, 23 JAN – Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS), Antony Blinken memulakan lawatan ke empat negara Afrika kelmarin, bertemu dengan pemimpin Cape Verde dan Ivory Coast serta menonjolkan AS sebagai sekutu ekonomi dan keselamatan utama benua itu di tengah-tengah krisis serantau dan antarabangsa.

    Blinken akan melawat Nigeria dan Angola seterusnya. Lawatan itu — yang berlaku ketika krisis yang membawa maut dan rampasan kuasa yang berleluasa mengancam kestabilan benua tersebut — memberi tumpuan kepada perdagangan, keselamatan dan promosi demokrasi.

    Di ibu kota Cape Verde, Praia, beliau bertemu dengan Perdana Menteri, Ulisses Correia e Silva dan berkata AS komited ‘untuk memperdalam, mengukuhkan dan meluaskan’ perkongsiannya dengan Afrika yang mempunyai populasi muda sebanyak 1.3 bilion yang dijangka akan meningkat dua kali ganda menjelang 2050 dan membentuk satu perempat daripada penduduk dunia.

    Penganalisis berkata Afrika kelihatan ketinggalan di belakang di bawah pemerintahan Presiden Joe Biden kerana pentadbirannya dibelenggu dengan isu-isu antarabangsa lain seperti pertempuran di Ukraine, konflik Israel-Hamas, serta persaingannya dengan China. Biden juga gagal melawat Afrika tahun lalu seperti yang dijanjikannya.

    “Seperti yang dikatakan oleh Presiden Biden, kami sebulat suara menyokong Afrika,” kata Blinken kepada pemimpin Cape Verde.

    “Kami melihat Afrika sebagai bahagian penting, kritikal dan asas masa depan kami. Lawatan ini benar-benar memberikan tumpuan kepada komitmen dan keyakinan Presiden Biden bahawa AS dan Afrika bergabung dalam perkongsian untuk masa depan,” tambahnya. – AP

    Blinken duduk bertentangan dengan Ulisses Correia e Silva, semasa pertemuan di Istana Kerajaan di Praia, Cape Verde pada 22 Januari lalu. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...