Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    FABD berhasrat ubah landskap bola sepak negara

    Oleh Salawati Haji Yahya

    BELAIT, 23 JAN – Presiden Persatuan Bola Sepak Brunei Darussalam (FABD), Haji Feisal bin Haji Mohd Eusoff, melahirkan cita-cita untuk mengubah landskap bola sepak Negara Brunei Darussalam.

    Keazaman tinggi itu disuarakan semasa Majlis Muzakarah FABD bersama pengurus-pengurus pasukan akar umbi di Kompleks Sukan Mumong, Daerah Belait, hari ini.

    “Saya akan bekerja tanpa henti untuk menyokong pelajar atau pemain bola sepak yang kurang berkemampuan dari segi kewangan daripada pemain bola sepak akar umbi agar dapat mengejar cita-cita mereka menjadi pemain bola sepak dan futsal yang cemerlang,” jelasnya.

    Selain itu, beliau melahirkan keyakinan dengan adanya perbincangan itu akan membuka era baharu dalam perkembangan bola sepak Brunei dari peringkat akar umbi hingga ke peringkat lebih tinggi.

    Penubuhan kelab bola sepak peringkat akar umbi sangat penting dan menjadi aset berharga kepada perkembangan bola sepak negara dalam jangka panjang.

    Majlis berkenaan merupakan salah satu daripada plan strategik FABD dalam mengembangkan bola sepak di negara ini.

    FABD sangat menekankan keperluan yang penting dalam membentuk perkembangan, kemahiran dan kemajuan pemain-pemain akar umbi, selain telah merancang beberapa kejohanan, akademi latihan dalam usaha menarik minat pemain bola di peringkat akar umbi untuk menceburi bidang bola sepak.

    Turut hadir di majlis itu ialah ahli Jawatankuasa Eksekutif FABD, Pengiran Haji Jufry bin Pengiran Haji Jaludin dan Pengiran Jamilah binti Pengiran Haji Zainin dan Yang Di Pertua Pertubuhan Bola Sepak Daerah Belait, Morni bin Haji Zakaria.

    Haji Feisal melahirkan harapan untuk mengubah landskap bola sepak negara. – GAMBAR SERAHAN FABD
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Agensi cuaca Jepun keluarkan amaran strok haba

    TOKYO, 26 JULAI – Pegawai cuaca Jepun hari ini menggesa orang ramai mengambil langkah-langkah bagi mencegah strok haba ketika cuaca panas melampau dijangka melanda...