Tuesday, September 17, 2024
23.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    BMW i7 tersedia untuk tempahan awal

    Oleh Yusrin Junaidi – 

    BANDAR SERI BEGAWAN, 12 SEPT – QAF Auto Brunei mengumumkan bahawa BMW i7, kereta sedan elektrik BMW, kini tersedia untuk tempahan awal bagi pelanggan dan peminat kereta jenama BMW.

    Pengurus Besar QAF Auto, Alisa Khoo berkata bahawa permintaan untuk kereta elektrik (EV) berkenaan terus meningkat dan BMW i7 antara yang mendapat sambutan daripada pelanggan sejak QAF Auto melancarkan BMWiX3 pada Mac 2023 dan diikuti dengan pelancaran BMWiX pada Jun 2023.

    BMW i7 menampilkan ciri-ciri inovasi baharu yang memberikan keselesaan semasa perjalanan lebih jauh di samping sistem pengendalian pintar.

    Selain itu, ia mengetengahkan reka bentuk keseluruhan luar biasa bersepadu dengan kedinamikan BMW untuk semua variasi sistem pemanduan.

    Orang ramai dan peminat kereta BMW yang ingin mengetahui lebih lanjut bolehlah mengunjungi bilik pameran QAF Auto.

    BMW i7 menampilkan ciri-ciri inovasi baharu serta sistem pengendalian pintar dan canggih. – Gambar serahan QAF Auto
    Gambar serahan QAF Auto

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda