Thursday, February 9, 2023
23.4 C
Brunei

-

BNM ada hak, kuasa tentukan OPR

KUALA LUMPUR, 4 JAN – Bank Negara Malaysia (BNM) mempunyai hak dan kuasa dalam membuat keputusan berkaitan dengan Kadar Dasar Semalaman (OPR) tanpa perlu membabitkan campur tangan kerajaan bagi memastikan kestabilan ekonomi negara.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata hak dan kuasa yang memberi kesan kepada ekonomi negara telah diberi pengkhususan masing-masing seperti yang termaktub dalam peraturan dan undang-undang Malaysia.

“(Perubahan berhubung) OPR adalah keputusan Bank Negara (Malaysia) dan bukan Kementerian Kewangan. Kalau nak bincang, saya boleh bincang. Tapi itu adalah ‘wenang’ (kuasa) Bank Negara Malaysia,” katanya pada sidang media selepas mesyuarat Kabinet hari ini.

Anwar berkata demikian sebagai menjawab soalan berhubung impak dan tindakan oleh Kementerian Kewangan susulan jangkaan kenaikan OPR sebanyak dua kali oleh BNM. 

Menurutnya, BNM diberi mandat untuk mempromosi kestabilan monetari dan kewangan yang kondusif untuk pertumbuhan ekonomi Malaysia yang berterusan.

Sehubungan itu, Anwar yang juga merupakan Menteri Kewangan berkata satu perbincangan bersama melibatkan Gabenor BNM, Tan Sri Nor Shamsiah Mohd Yunus dan Menteri Ekonomi Mohd Rafizi Ramli akan dilakukan sebelum merangka Belanjawan 2023. – Bernama

- Advertisment -

Disyorkan Untuk Anda

Kim Jong Un bawa anak perempuan lawat markas tentera

SEOUL, KOREA SELATAN, 8 FEB - Pemimpin Korea Utara, Kim Jong Un membawa anak perempuannya melawat kem tentera bagi menandakan ulang tahun ke-75 penubuhan...
- Advertisment -