Oleh Ak Zaki Kasharan
BANDAR SERI BEGAWAN, 1 NOV – Bagi membolehkan para pemain wanita mengikuti aktiviti sukan boling 10 pin dengan teratur, Queen of the Lanes (QOTL) telah menganjurkan Kejohanan Boling sempena Ulang Tahun QOTL ketujuh di Golden Bowling Centre, Airport Mall, baru-baru ini.
Aktiviti amal ini telah disertai oleh 23 orang wanita yang berusia 35 tahun ke atas.
Dalam kejohanan tersebut, Erni Marni Marsitawati binti Wahid mendapat tempat pertama dengan 541 jatuhan pin. Manakala, Hajah Sharifah Rozlina binti Syed Elham mendapat tempat kedua dengan 514 jatuhan pin, di ikuti Hajah Siti Norbaya binti Haji Nawi di tempat ketiga dengan 503 jatuhan pin.
Hadir selaku tetamu kehormat dan seterusnya menyempurnakan penyampaian hadiah ialah Pengarah Jabatan Belia dan Sukan, Dayang Umi Kalthum binti Haji Abdul Karim.