Wednesday, March 19, 2025
23 C
Brunei

    Berita Terkini

    Bolivia lancar unit cegah keganasan

    LA PAZ, 4 DIS – Kerajaan sementara Bolivia semalam melancarkan unit antikeganasan baharu yang dikatakan oleh pasukan polis bertujuan menghapus kumpulan asing yang ‘mengancam’ negara Amerika Selatan itu.

    “Kumpulan antipengganas ini mempunyai misi menghapus kesemua sel pengganas yang mengancam tanah air kami,” kata Menteri Dalam Negeri Arturo Murillo semasa majlis rasmi untuk memperkenalkan 60 anggota kumpulan berkenaan.

    Murillo mengadakan pemeriksaan barisan tentera yang membentuk unit baharu itu, dipanggil GAT, pada majlis di La Paz.

    Menteri itu berkata kerajaan terpaksa bertindak ‘untuk membebaskan Bolivia daripada pengganas yang telah menghuni negara dalam tempoh 14 tahun lalu – merujuk kepada penggal bekas presiden Evo Morales.

    Morales meletak jawatan pada 10 November di tengah bantahan berhubung apa yang dikatakan oleh penentang politik penipuan beliau dalam pilihan raya pada 20 Oktober.

    Beliau melarikan diri ke Mexico pada hari berikutnya selepas kehilangan sokongan tentera dan polis, mendakwa menjadi mangsa rampasan kuasa.

    Morales menulis di Twitter bahawa ‘pengkomplot rampasan yang menyerang kuasa di Bolivia kini sedang mereka cerita untuk menyalahkan orang lain atas keganasan yang dikenakan oleh mereka sendiri dari negara.”

    Kerajaan sementara baharu presiden Jeanine Anez telah mengecam pengaruh asing dalam negara sejak mengambil alih, menamakan negara Colombia, Peru, Cuba dan Venezuela. – AFP

    Menteri Kerajaan Sementara Bolivia Arturo Murillo (kanan) berjalan bersama Ketua Polis Negara Rodolfo Montero ketika majlis memperkenalkan unit antipengganas GAT di La Paz pada 3 Disember. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda