LONDON, 29 OGOS – Kelab bola sepak bersejarah Bolton Wanderers, antara pengasas Liga Bolasepak Inggeris (EFL), terselamat daripada mengalami nasib sama seperti musuh mereka Bury yang disingkir daripada liga apabila proses pengambilalihan akhirnya diputuskan semalam.
Bolton berdepan kebimbangan mengalami nasib sama seperti kelab divisyen tiga Bury, kelmarin yang muncul pasukan pertama disingkirkan daripada EFL dalam tempoh lebih dua dekad.
Bagaimanapun, pemenang Piala FA empat kali itu terselamat daripada disingkirkan apabila Football Ventures (Whites) Limited berjaya membeli kelab itu yang diletakkan di bawah pentadbiran sementara sejak Mei lalu. Bolton diberi talian hayat lewat kelmarin untuk mencari pembeli dalam tempoh 14 hari atau turut berdepan penyingkiran.
Jelas ada kelegaan dalam kalangan warga pekan timur laut England itu yang sebelum ini lebih dikenali dengan industri tekstil namun sudah merosot. – AFP