Saturday, July 27, 2024
31.8 C
Brunei

    -

    Bomba Greece kawal kebakaran berhampiran tapak purba Olympia

    ATHENS, 30 JULAI – Anggota bomba Greece berjaya mengawal beberapa kebakaran hutan berhampiran tapak purba Olympia di barat Semenanjung Peloponnese, menurut ibu pejabat perkhidmatan bomba hari ini.

    Pihak berkuasa pertahanan awam dan perkhidmatan bomba pada masa yang sama mengeluarkan amaran tahap kedua tertinggi bahaya kebakaran di kebanyakan wilayah ekoran keadaan kering dan panas, lapor agensi berita Jerman (dpa).

    Kelmarin, pihak berkuasa di Olympia, tapak keagamaan utama dan lokasi acara Sukan Olimpik purba diadakan setiap empat tahun, mengaktifkan sistem memadam kebakaran yang menyembur tapak itu dengan air.

    Radio tempatan melaporkan bahawa anggota bomba dapat memadamkan api beberapa ratus meter sebelum mereka tiba di lokasi.

    Kebakaran hutan pada tahun 2007 memusnahkan banyak pokok berhampiran Olympia.

    Sebuah trak bomba diletakkan di sebuah ladang yang musnah akibat kebakaran di Feron di Agios Georgia, berhampiran bandar Volos di tengah Greece, pada 27 Julai. – AFP

    Datuk bandar menuduh spekulator hartanah melakukan pembakaran.

    “Mereka mahu memusnahkan hutan dan belukar untuk menanam pokok anggur dan pokok zaitun,” katanya.

    Polis telah menahan seorang individu yang disyaki melakukan pembakaran berhampiran Olympia hari ini.

    Pejabat cuaca Greece meramalkan suhu normal sekitar 36 darjah Celsius untuk tempoh beberapa hari akan datang.

    Suhu melonjak sehingga melebihi 40 darjah dalam gelombang haba yang berlangsung hampir dua minggu yang berakhir pada Khamis. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...