Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Bomba hantar pasukan Hazmat ke China, belajar tentang hidrogen

    KUCHING,  20 MEI – Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JPBM) akan menghantar Pasukan Khas Bahan Kimia Berbahaya (Hazmat) ke China untuk mendalami ilmu baharu tentang hidrogen.

    Ketua Pengarah JBPM, Datuk Nor Hisham Mohammad berkata, bomba perlu mendahului teknologi supaya kompetensi dan kemahiran selari dengan kemajuan industri semasa.

    “Perancangan kita tahun ini adalah menghantar tiga pasukan ke China untuk melihat bagaimana keadaan industri di sana dan mengadakan kolaborasi.

    “Kita  akan bawa kemahiran dan kompetensi tersebut ke Malaysia untuk kita buat peraturan dan cara mengawal selia,” katanya selepas menghadiri Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2023 JPBM hari ini.

    Nor Hisham berkata, bomba perlu sentiasa bersedia, melengkapkan anggota-anggotanya dengan kepakaran dan keperluan mengikut lokasi, dalam konteks hidrogen ini, merujuk kepada keperluan di Sarawak. 

    Ketika berucap pada majlis itu, Nor Hisham berkata Sarawak merupakan antara negeri yang pesat membangun dan dijangka akan beralih menjadi negeri berekonomi besar. 

    Justeru, katanya, pembangunan prasarana secara besar-besaran dijangka akan berlaku dalam pelbagai sektor dan  akan menjadi cabaran kepada bomba dalam penguatkuasaan keselamatan kebakaran serta operasi kebombaan dan penyelamatan. – Bernama

    Datuk Nor Hisham Mohammad bercakap pada sidang media selepas majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2023, kelmarin. – Bernama
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Agensi cuaca Jepun keluarkan amaran strok haba

    TOKYO, 26 JULAI – Pegawai cuaca Jepun hari ini menggesa orang ramai mengambil langkah-langkah bagi mencegah strok haba ketika cuaca panas melampau dijangka melanda...