Monday, February 3, 2025
23 C
Brunei

    Berita Terkini

    Bongkah besar aisberg mulai pecah

    PARIS, 2 FEB – Satu bongkah besar aisberg terbesar di dunia mulai pecah, di mana ia berkemungkinan petanda pertama ais raksasa dari Antartika itu mungkin runtuh, kata saintis kepada AFP, Jumaat lalu.

    Aisberg yang besar itu – lebih dua kali ganda saiz Greater London dan beratnya hampir satu trilion tan – sebahagian besarnya kekal utuh sejak ia mula bergerak perlahan ke utara pada 2020.

    Ia telah hanyut ke pulau terpencil Georgia Selatan di Atlantik Selatan, meningkatkan prospek ia boleh terkandas dalam air yang lebih cetek dan menjejaskan sumber makanan untuk anak penguin dan anjing laut.

    Bagaimanapun, ketulan kira-kira 19 kilometer panjang telah terpisah, kata Andrew Meijers dari British Antarctic Survey, yang menemui aisberg pada akhir 2023 dan sejak itu telah menjejaki nasibnya melalui satelit.

    “Ia setentunya petanda pertama serpihan aisberg,” kata ahli lautan fizikal itu kepada AFP.

    Seorang ahli glasiologi, Soledad Tiranti, yang kini dalam pelayaran penerokaan Argentina di Antartika, juga berkata kepada AFP bahawa satu bahagian telah pecah.

    Bahagian bergerigi itu mempunyai keluasan kira-kira 80 kilometer persegi – besar dengan sendirinya, tetapi yang tinggal hanya sebahagian kecil daripada kira-kira 3360 kilometer persegi. – AFP

    Gambar bertarikh20 Januari 2024 menunjukkan Kapal MS Fram Cruise berlayar di Selat Gerlache yang memisahkan Kepulauan Palmer dari Semenanjung Antartika. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda