ISTANBUL, 23 JULAI – Sebuah bot yang membawa 45 orang pendatang tenggelam di barat daya Turki dan pengawal pantai sedang mencari mangsa yang selamat di laut, kata kementerian pertahanan Turki hari ini.
Pengawal pantai mencari bot yang hilang ‘selepas menerima maklumat’ mengatakan ia tenggelam semalam kira-kira 260 kilometer di luar pantai peranginan Kas, kata kementerian dalam satu kenyataan.
Tidak adanya maklumat mengenai kerakyatan pendatang tersebut.
Pendatang haram sering menggunakan Turki sebagai pintu masuk untuk sampai ke negara Kesatuan Eropah itu, terutamanya menerusi Greece. Ramai bergantung pada penyeludup dan menggadai nyawa mereka memulakan perjalanan berbahaya dalam bot yang penuh sesak.
Pada 2016, Turki memeterai satu perjanjian dengan Kesatuan Eropah untuk mengawal aliran pendatang ke Eropah sebagai tukaran kepada beberapa insentif termasuk bantuan kewangan. – AFP